Tahukah anda yang sebenarnya hari raya Melayu mempunyai kaitan dengan persediaan untuk peperangan pada zaman dahulu?
Apabila berakhirnya bulan Ramadan, Syawal akan disambut dengan Takbir Raya sebelum solat sunat di pagi hari, bukan?
Kronologi Takbir Raya Alam Melayu
Jika anda hendak tahu, takbir ini sebenarnya adalah takbir perang.
Dalam Alam Melayu, Takbir Raya ini dikatakan sebagai Takbir Besar dan takbir ini merujuk kepada takbir perang.
Takbir besar ini terbahagi kepada dua iaitu takbir sebelum perang dan takbir selepas perang.
Dikatakan, takbir sebelum perang bunyinya rancak dan kasar. Manakala, takbir selepas perang pula bunyinya mendayu-dayu dan sedih.
Apa yang kita dengar tatkala di pagi raya adalah takbir selepas perang dimana ia sudah kekal sejak tahun 1889 lagi.
Takbir Raya
Dalam takbir ada menyebut ‘Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab’. Sebenarnya, takbir ini dilaungkan oleh tentera laksamana Melayu semasa menentang penjajah.
Lebih menarik lagi, bermain meriam ketika raya hanya bangsa Melayu sahaja yang melakukanya.
Bukan itu saja, hari raya sebenarnya adalah hari dimana bangsa Melayu berlatih membuat persediaan menghadapi peperangan yang dilakukan setiap tahun.
Bagaimana orang dulu-dulu menyambut hari raya ini? Mari baca lebih lanjut.
1.Perarakan Malam Raya
Perarakan malam raya pada zaman dahulu selalunya dimulakan dengan kompang Arak-Arakan dan disambung dengan Gendang Perang.
Pada ketika itu, mereka yang menyertai perarakan melambangkan sokongan dan taat setia kepada pemerintah setempat.
Perarakan ini akan diketuai oleh Penghulu Pawai. Pawai adalah orang yang membawa alat kebesaran dan kelengkapan istana jika tiada wakil istana yang hadir.
2.Takbir Raya
Dahulu, setelah selesai solat di masjid, takbir akan disambung pada setiap rumah tokoh pahlawan, penghulu dan di rumah mereka yang dimuliakan.
Hal ini masih lagi ada diamalkan di sesetengah kampung pada zaman sekarang. Disamping itu, takbir hari raya juga merupakan satu simbol berperang dengan hawa nafsu.
3.Bermain Meriam
Walaupun sekarang sudah jarang dilakukan atas sebab keselamatan, dahulu permainan meriam buluh dilakukan dikawasan perkampungan selepas habis solat di masjid.
Peluru yang digunakan untuk meriam buluh itu dibuat daripada bola buatan atau tempurung kering yang diwarnakan.
Pemenang permainan meriam ini adalah kepada empunya peluru yang diletupkan meriam buluh yang paling jauh.
Dengan bermain meriam buluh, dikatakan secara tidak langsung telah melatih pemain meriam untuk membina meriam yang bagus untuk berperang.
4.Makanan Perang
Sebenarnya, rendang Tok, serunding, dan dodol merupakan makanan perang kerana ianya adalah makanan yang tahan lama dan susah basi. Menarik bukan?
Dahulu, makanan seperti ini dicipta oleh Bendari, iaitu tukang masak tentera laut di kapal supaya mereka tidak terputus bekalan makanan.
Bukan itu saja, makanan ini juga penting untuk terus dipelajari agar orang Melayu tidak risau jika punca makanan disekat musuh ketika perang.
5.Seni Persembahan Perang
Persembahan seni perang ini juga dilakukan selepas solat di masjid. Difahamkan, persembahan silat dijadikan permainan agar disambut dengan gembira.
Persembahan silat ini juga mempunyai persamaan dengan orang Sudan dahulu kala di hadapan nabi Muhammad S.A.W.
Info;
Dalam beberapa riwayat, Nabi memberi sokongan kepada muzik dan seni bunyi dan tidak melarangnya secara umum, seperti yang diketahui dalam sikapnya seperti berikut:
1. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim daripada ‘Aishah yang menceritakan tentang dua orang gadis pada hari raya Aidiladha menunjukkan kebolehan mereka bermain muzik dengan bermain rebana, sedangkan Nabi dan Aishah menikmatinya. Tiba-tiba Abu Bakar datang dan menjerit kepada dua orang pemuzik itu, lalu Nabi menegur Sayyidina Abu Bakar dan bersabda: “Tinggalkan mereka berdua wahai Abu Bakar, kerana hari-hari ini adalah hari raya”.
2.Dalam sejarah Muslim ‘Aisyah, ada dinyatakan bahawa kumpulan artis Habasyah mempersembahkan tarian dan muzik pada hari raya di masjid. Rasulullah memanggil ‘Aisyah untuk menonton pertunjukan itu, kepala ‘Aisyah diletakkan di atas bahu Nabi supaya ‘Aisyah dapat menonton pertunjukan itu.
Sumber : https://www.alammelayu.my
MISI CAPAI 100,000 LIKE
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!
untuk lebih banyak bacaan sila lawati lamanweb demimalaiu.com