Budaya

Jati Diri Bangsa Ini Akan Kekal Utuh Dan Terus Tumbuh Jika..

Jika tidak kerana pejuang dahulu yang bermatian berjuang untuk terus memastikan bangsa ini tidak terhapus, adakah layak kita hari ini mengatakan kita bangsa yang mandiri?

Sejarah membuktikan bangsa Melayu mempunyai kekuatan luar biasa sehingga terbentuk jati diri yang teguh serta berpegang pada asas budaya ketauhidan yang kukuh.

Persoalannya adakah ia akan terus diwarisi anak cucu nanti?

Adakah bangsa ini akan terus berdiri dan berjuang dalam menghadapi kemelut cabaran yang mendatang?

Perbincangan Rakyat Demi Melayu (PRDM) telah mengupas tajuk ini dengan membawa tiga ahli panel yang memberikan pelbagai sudut pandang mereka yang tersendiri.

Pengerusi Gabungan Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA), Tuan Aminuddin Yahaya mengatakan terdapat tiga elemen penting yang perlu diperteguh dan diserap jika bangsa Melayu ingin terus survive.

“Dari segi elemen agama, setiap individu ini dalam dirinya perlulah berpegang teguh pada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, itulah teras utama.

“Dari segi budaya, ia merujuk kepada cara hidup seperti saling menghormati antara masyarakat dan pemimpin termasuk menghormati setiap kesenian yang ada,” katanya.

Bahasa Melayu perlu digah semula oleh generasi hari ini 

Antara lain, Aminuddin menegaskan kekuatan bahasa Melayu yang dahulunya begitu gah perlu dikembalikan semula oleh generasi hari ini dan ia perlu dipandang serius.   

Aminuddin berkata demikian mengulas tajuk ‘Kita Bangsa Yang Sentiasa Mandiri (Survive)’ dalam program PRDM anjuran gabungan NGO Demi Malaiu.

Menyingkap sejarah bangsa ini, soalan berkait pengkhianatan diutarakan untuk melihat sejauh mana bangsa Melayu pernah dikhianati.

Ujar aktivis dan pengasas seni silat tari Melayu, Pendekar Mat Ali, pengkhianatan ini wujudnya sudah lama dan ia sering berada di mana-mana sahaja.

“Khianat wujud dalam kalangan manusia yang mempunyai kepentingan duniawi dan semestinya bangsa ini tidak terlepas dari terpalit dengan pengkhianatan.

“Dikhianat oleh segelintir yang mengaku diri mereka Melayu tetapi hakikatnya mereka bukanlah bangsa Melayu untuk kepentingan dagangan dan perniagaan.

“Namun, walau beribu kali dikhianati sekali pun terbukti bangsa ini bangsa yang berdaulat, tidak jatuh malah “SURVIVE” sehingga ke hari ini,” kata Pendekar Mat Ali.

Cabaran akidah masa kini

Menjawab soalan cabaran akidah, Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia, Dr Wan Adli Wan Ramli pula menjangkakan perpecahan besar akan berlaku satu ketika nanti jika masalah akidah ini tidak dibendung.

“Ajaran sesat, syiah, wahabi, ekstremisme, terrorisme adalah antara cabaran akidah sejak dahulu lagi.

Tambah beliau, yang paling merisaukan pada zaman ini adalah fahaman sekularisme, liberalisme, pluralisme agama yang telah menyelinap masuk dalam kelompok yang besar.

“Paling menyedihkan fahaman ini diperjuangkan oleh orang Melayu bersama ahli politik bukan Islam dan ideologi ini jelas dibawa melalui permainan politik pada hari ini.

“Untuk pastikan generasi akan datang terhindar dari fahaman ini, kita perlu fahami sedalamnya ideologi tersebut dan mengenali kelompok mereka,” pesannya.

Bangsa Melayu Bangsa Yang Sentiasa Mandiri

Menjawab kepada tajuk ‘Kita Bangsa Yang Sentiasa Mandiri (Survive)’, Wan Adli berpendapat bangsa ini sentiasa survive namun tidak dinafikan masih ada kepincangannya.  

Memetik kenyataan Aminuddin, beliau berpendapat usia untuk Melayu bertahan tinggal 30 hingga 50 tahun sahaja jika tiada satu revolusi baharu dikemukakan.

“Orangnya ada.. bangsanya masih wujud namun yang tidak survive adalah jati dirinya.

Ia boleh mati ditelan zaman.. jika tiga elemen yang disebut awal tadi tadi tidak dijaga sebaiknya,” katanya.

Bagi mengikuti rakaman penuh PRDM Siri 7/2021 dengan tajuk ‘Kita Bangsa Yang Sentiasa Mandiri (Survive)’, boleh klik link.

Boleh juga tonton Kapsul PRDM, klik link berikut https://www.youtube.com/playlist?list=PLdfK8byeoni6XQIq6Lvia5okbfBvdHE8o

Anda juga boleh baca transkrip penuh video ‘Kita Bangsa Yang Sentiasa Mandiri (Survive)’ di sini.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker