Dunia sementara yang kita singgahi ini sudah tua benar usianya, memakan masa jutaan tahun dan kini semakin hampir dengan penghujungnya.
Namun sejauh mana kita semakin beriman kepada Allah SWT dengan meletakkan asas al-Quran serta hadis dalam diri? Hanya Allah SWT mengetahuinya.
Namun demikian, terdapat penyakit akhir zaman yang cukup menakutkan iaitu gemar hukum-menghukum orang lain yang tidak bersependapat.
Yang jadi tidak sependapat itu adalah kerana ilmu mereka cuma dipelajari dari sekolah rendah, sekolah menengah dan institut pengajian tinggi.
Manakala yang ada ilmu lebih sedikit, mungkin melalui proses yang sama cuma berdepan dengan tambahan pengalaman yang lebih mencabar.