DEB atau nama penuh dia Dasar Ekonomi Baru, adalah suatu plan perancangan ekonomi yang memfokuskan kepada pembangunan ekonomi bumiputera. Maksudnya sini, plan ini hanya memfokuskan kepada warga bumi sahaja. Maka dengan itu, wujudlah bermacam jenis program di bawah kelolaan Tunku Abdul Rahman.
DEB ada banyak objektif, antaranya, merapatkan jurang ekonomi antara bumiputera dan bukan bumiputera, membantu bumiputera untuk mempertingkatkan ekonomi tanpa melupakan bukan bumiputera dan juga DEB adalah alat untuk mengubah kata basi dan persepsi bahawa sesuatu pekerjaan itu adalah untuk sesuatu kaum yang terjadi sejak zaman British lagi. Contohnya, petani, nelayan adalah pekerjaan orang Melayu. Perniagaan untuk orang cina dan pekerja estet adalah orang India.
Jadi, kenapa kerajaan hanya fokus kepada bumiputera sahaja?
Ini adalah kerana masa tu, kaum bumiputera ini tersangat la jauh ekonominya berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Ramai orang kampung masa itu yang tersangat miskin jika dibandingkan dengan orang yang duduk di bandar, yang mempunyai lebih banyak kemudahan, bukan sahaja dari segi pembangunan tetapi dari segi kemudahan kewangan juga.
Mungkin ramai yang menganggap DEB ini tidak relevan tiada perubahan yang ketara yang dapat dilihat.
Mungkin sesiapa yang mengatakan hal itu, perlu melihat dengan mata kucing; lebih besar.
Ini kerana, mengikut kepada statistik yang dikeluarkan, DEB nampaknya berjaya mengubah nasib kaum bumiputera sedikit demi sedikit.
Jika dahulu tiadanya golongan profesional dikalangan bumiputera, namun setelah beberapa tahun DEB diperkenalkan, mula muncul golongan profesional ini.
Jika dahulu tiada orang Melayu yang masuk universiti, sekarang kita boleh lihat berpuluh ribu graduan daripada universiti terdiri daripada orang Melayu
Jika dahulu orang melayu dan bumiputera ini hanya di kategori tahap miskin namun selepas adanya DEB mula terciptanya ‘Melayu kelas pertengahan’.
Impak daripada pendapatan isi rumah yang meningkat itu telah hampir berjaya menghapuskan kemiskinan SEMUA kaum dalam tempoh 42 tahun yang sama itu.
Kadar kemiskinan penduduk Malaysia telah dapat diturunkan dari 49.3% (1970) kepada 1.7% (2012). Kadar kemiskinan Bumiputera menjunam dari 64.8% kepada 2.2%, Cina dari 26.0% kepada hampir sifar (0.3%) dan India pula merosot dari 39.2% kepada 1.8%. Kemiskinan bandar dan luar bandar juga telah hampir dapat dibasmi.
Jika dilihat kepada adanya PNB, Tabung Haji dan KWSP memperlihatkan pemodal di dalam aset-aset itu sudah tentulah orang Melayu. Jadi, sumbangan orang melayu dalam mengkayakan negara juga perlulah di hargai dan bukan hanya melihat kepada sesuatu kaum hanya kerana peratusan besar ekonomi dikuasi oleh mereka.
Namun, tidak dinafikan, peratusan yang mau dicapai masih lagi jauh, walaupun setelah hampir 50 tahun. Perkara ini harus dipandang serius kerana banyak perkara yang menyebabkan perkara ini berlaku dan antaranya ialah sikap sesetengah orang melayu itu sendiri yang hanya ‘jaga poketnya’ sahaja.
Jadi, layak atau tidak DEB ini dikatakan berat sebelah? Tentulah tidak, kerana ini adalah alat untuk menyamaratakan ekonomi semua kaum supaya tiada lagi kemiskinan yang ketara.
Umpamanya, kalau orang yang sudah ada RM10 diberi lagi RM10, maka jumlahnya adalah RM20 tapi kalau orang yang hanya ada RM1 diberi RM10, jumlahnya masih lagi jauh untuk dijadikan RM20. Betul tak?
Akhir kata, plan DEB perlu dipertingkatkan daripada terus memansuhkannya. Banyak perkara perlu dipertingkatkan untuk membuatkan plan ini lebih telus dan benar-benar menolong kaum bumiputera supaya lebih daya saing dengan bukan bumiputera dan tidak hanya bergantung kepada sesuatu kaum sahaja untuk memajukan ekonomi.
Tambahan lagi, DEB juga adalah radas untuk mengelakkan sejarah perusuhan kaum yang terjadi kerana ketidakseimbangan ekonomi.