Ekonomi

Dasar Tertutup China Satu Tamparan Besar Buat Malaysia Jika Terus Buang Jati Diri

China pernah jalankan DASAR TERTUTUP negaranya, dan mereka dapat mendidik rakyatnya, berniaga sesama mereka, dan membangunkan negara dengan pesat dan maju.

Apabila mereka melaksanakan DASAR PINTU TERBUKA, mereka dapat kuasai dunia dan maju dalam ekonomi, persenjantaan, ketenteraan, nuklear, perubatan, teknologi, dan kewangan dunia.

Apakah antara faktor yang menjadikan China terkehadapan dalam ekonomi, teknologi, ketenteraan, perubatan dan rendah kes rasuah?

JAWAPANYA IALAH KERANA JATI DIRI CHINA YANG KEKAL DIWARISI. APA JATI DIRI CHINA ? APA LAMBANG IDENTITI CHINA?

1. Bahasa Mandarin sebagai bahasa utama di dalam keraajaan dan swasta, dan disampaikan dalam ucapan di PBB
2. Tulisan Mandarin kekal sebagai bahasa utama dalam papan tanda, iklan dan media
3. China tidak ada senjata warisan yang jelas
4. Kung Fu kekal sebagai seni bela diri dan dihormati sehingga menjadi rebutan filem dan permainan video.
5. Majlis minum tea dianggap majlis prestij
6. Busana China tradisi diberi penghormatan tinggi
7. Busana Kung Fu diberi penghormatan tinggi
8. Prinsip dari Confucious dan Taoosm dikekalkan dan diwarisi dalam kehidupan
9. Agama Buddha masih kekal dianuti sebagai agama tradisi
10. Perubatan tempatan atau etno-sains kekal diwarisi dan diarus perdanakan
11. Tulisan kaligrafi China diberi penghormatan tinggi

Cuba banding dengan jati diri Malaysia.

APA JATI DIRI MALAYSIA? APA LAMBANG IDENTITI MALAYSIA?

1. Bahasa kebangsaan negara ialah Bahasa Melayu tapi bukan bahasa utama, kerana sekolah vernakular tolak BM, iklan tidak dalam bahasa Melayu, kenyataan rasmi kerajaan ada dalam bahasa lain dari BM (semasa pemerintahan PH), PM berucap dalam Bahasa Inggeris di PBB; Bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama dalam sektor swasta; pencarian pekerjaan, digunakan dalam mesyuarat kerajaan dan urusan dalam kerajaan di negara sendiri.
2. Tulisan JWI dalam BM tidak digunakan, malah dihapuskan dan dimusuhi oleh golongan vernakular; tidak digunakan dalam iklan. sedangkan tulisan jawi adalah medium dalam semua hubungan daalam empayar Melaka dan surat-menyurat dengan kerajaan Inggeris dan Portugis satu masa dulu. Jawi menjadikan empayar Melaka terkenal di seluruh dunia
3. Keris dimusuhi, dianggap khurafat, dan dibenci
4.Seni silat Melayu didimusuhi, dianggap khurafat, dan dibenci, termasuk oleh agamawan yang jahil tentang warisan
5. Tiada majlis prestij budaya utama di negara ini, cuma rumah terbuka hari besar perayaan etnik
6. Busana Melayu tradisi tidak diberi penghormatan dalam mengiringi Sultan dan Raja, tidak dipakai dalam Parlimen, tidak dipakai pada hari-hari besar perayaan negara, termasuk pada hari raya
7. Busana seni silat tidak mendapat penghormatan, malah dipandang sepi; tidak mendapat tempat dalm filem dan industri kreatif
8. Kita ada Rukun Negara, 5 prinsip utama, tetapi tidak dihayati oleh banyak pihak dari pemimpin hingga kepada rakyat
9. Agama Islam adalah agama persekutuan, mempunyai kedudukan tertinggi dalam Perlembagaan tapi diperlekehkan dalam urusan pentadbiran, malah dicabar untuk digugurkan dari Perlembagaan dalam beberapa kes, termasuk kes murtad, tukar agama, sekolah agama.
10. Perubatan tempatan atau etno-sains tempatan dimusuhi, disempitkan amalannya, dan cuba dihapuskan, sedangkan perubatan tradisi etnik lain diberi tempat dan dihormati antaranya perubatan China ginseng dan perubatan India ayurveda
11. Tulisan khat Jawi hidup segan mati tak mahu di negara kita.

KEMBALIKAN JATI DIRI BANGSA PENDUDUK INDUK NEGARA INI

Datuk Paduka Dr. Supyan Hussin
Jurucakap Utama Sidang Demi Malaiu

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker