Agama

Daripada 25 Nabi Yang Wajib Diketahui, Hanya Empat Nabi Sahaja Berbangsa Arab!

Apabila menyebut tentang para nabi, kebanyakan persepsi orang-orang Melayu moden yang kurang mengkaji adalah semua nabi itu datangnya dari tanah Arab.

Namun realitinya daripada 25 orang nabi yang wajib diketahui, hanya empat orang nabi sahaja yang disahkan berasal dan lahir di tanah Arab.

Mereka adalah Nabi Hud (Yaman), Nabi Soleh (Al-Hijr), Nabi Syu’aib (Madyan) dan yang terakhir, Nabi Muhammad SAW (Mekah).

Namun yang selebihnya daripada 25 nabi yang lain kebanyakan berbangsa Israel (Yahudi) disebabkan pelbagai faktor yang mungkin ramai tidak terfikir.

Diringkaskan, bani Israel (Yahudi) menerima nabi dalam bangsa mereka bermula dari zaman Nabi Ya’akub, zaman cucu cicitnya yang dikurniakan pangkat kenabian, sehinggalah kepada Nabi Isa.

Mungkin wujud persoalan jika benar para nabi ini tidak semuanya berbangsa Arab, mengapa kisah dan dialog mereka dirakamkan dalam al-Quran berbahasa Arab?

Jawapannya, Allah SWT memilih bahasa Arab sebagai bahasa wahyu dan al-Quran menjadi kitab panduan yang terakhir kepada umat Nabi Muhammad, untuk semua umat akhir zaman, tidak terhad kepada sesuatu bangsa.

Mahu mendapatkan kisah-kisah eksklusif terus ke Telegram anda? Sertai kami di Telegram Demi Malaiu!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker