Isu Semasa

Dari Nama Pun Sudah Membuktikan Malaysia Negara Bangsa Melayu!

‘Malays’ bermaksud Melayu dan ‘ia’ bermaksud Tanah yang mana hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Hasil gabungan nama itu jugalah yang membentuk perkataan MALAYSIA. Bermula dari namanya saja sudah cukup membuktikan bahawa negara Malaysia ini kepunyaan orang berbangsa Melayu.

Jelaslah, nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.

Maka, tidak sepatutnya wujud dakyah yang cuba mempromosi Malaysia sebagai negara berbilang bangsa kerana jelas tersasar jauh dan langsung tidak menepati Perlembagaan.

Dari segi kebebasan bersuara demokratik memang tidak salah tetapi hanya membenarkan kebebasan bersuara rakyatnya dalam soal-soal tertentu itupun masih berasaskan Perlembagaan Persekutuan dan tidak boleh secara sebarangan atau semberono sahaja.

Amat jelas, Perlembagaan Malaysia tidak mendakwa bahawa Malaysia adalah negara berbilang bangsa (multiracial).

Cuba lihat kepada bahasa Kebangsaan, adab dan adat istiadat serta corak pemerintahan Raja-Raja Melayu. Bukankah perkara-perkara itu termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan sekaligus telah mengesahkan bahawa negara ini adalah negara Melayu. Bukankah Perlembagaan adalah undang-undang pengasas yang perlu dihormati dan dipatuhi?

Menerima warganegara dari bangsa lain tidak menjadikan Malaysia negara berbilang kaum pun. Sebagai contoh, cuba lihat keadaan di UK, US dan Australia, walaupun ramai bangsa lain menjadi warganegaranya tetapi negara-negara ini tidak menjadi negara berbilang bangsa. Mereka masih kekal sebagai UK, US dan Australia. Bangsa mereka masih British, American atau Australian bukan British Indian, German American atau Malayan Australian dan sebagainya.

Pemberian perlindungan undang-undang kepada orang asing yang diberi kerakyatan adalah perkara biasa dan dilakukan oleh banyak negara di dunia ini. Malah, ia tidaklah sampai menjadikan negara itu sebagai negara berbilang bangsa pun. Melainkan sikap lupa diri para pendatang itu sendiri yang merasakan hal itu. Maka tak hairanlah, “bila diberi betis hendak paha” itu hanyalah sikap biasa segelintir orang-orang berahi yang tidak kenal dek untung dan tidak tahu bersyukur sahaja.

Secara jelas, walaupun, Perlembagaan boleh dipinda jika dua pertiga dari Ahli Dewan Parlimen bersetuju. Namun, tidak hanya jika persetujuan dicapai Malaysia sudah boleh ditukar menjadi negara berbilang kaum. Sebaliknya, apa yang lebih penting adalah persetujuan oleh semua orang Melayu sendiri termasuklah yang paling utama perlulah mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja Melayu secara keseluruhannya.

Persoalannya, adakah orang Melayu hendak hapuskan keMelayuan negara ini dan menjadikan negara berbilang kaum. Setakat ini pun hanya 1 peratus daripada mereka yang berfikiran liberal sahaja mempunyai niat sedemikian baki 99 peratus rakyat berbangsa Melayu negara ini tidak akan sesekali mengadaikan apatah lagi merelakannya.

Jadi, hentikanlah usaha ke arah melaksanakan negara bangsa yang jelas bukan milik anda. Masih belum puas menjarah tanah ranah dan hasil kekayaan negara kah? Benarlah, Melayu akan terus dijajah jika dibiarkan bangsa-bangsa pendatang ini terus bermaharajalela di dalam negara ini.

Rakyat Malaysia dari mana-mana kaum yang mempersoal atau mempertikaikan Perkara 153 dalam Perlembagaan negara yang mengiktiraf kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera bukan sahaja buta sejarah malah tidak langsung memahami Perlembagaan.

Sejak Zaman Dahulu Malaysia Kekal Milik Bangsa Melayu

Secara fakta, bahawa kedudukan orang Melayu sudah ditetapkan sejak zaman dahulu lagi iaitu sebelum zaman penjajahan British lagi.

Meskipun, ketika British sampai ke Tanah Melayu, mereka dapati terdapat beberapa tempat di Semenanjung sudah mempunyai kerajaan dan mereka mengiktiraf kerajaan tersebut.

Kerajaan itu ada ramai rakyat (orang Melayu) dan bagi British, rakyat kepada raja itu mempunyai hak yang khusus, orang lain yang datang dan menetap di Tanah Melayu bukanlah rakyat raja, oleh demikian mereka tidak dapat menikmati hak yang ada pada orang Melayu kerana mereka hanyalah pendatang sahaja tak lebih dari itu.

Cuma akhir-akhir ini, sikap berlebih-lebih itu sering ditunjukkan bila mana sebahagian ekonomi sudah dimonopoli sepenuhnya apatah lagi kuasa politik pula sedang berada di tangan mereka. Maka, bermacam-macam agenda dan cubaan merampas hak orang Melayu itu sedang dilakukan dan terus dirancang secara licik sekaligus mencanang dakyah palsu.

Perlu diingatkan, orang bukan Melayu di Semenanjung sebelum ini bukanlah warga negara ataupun rakyat raja dan mereka hanya berpeluang untuk memohon kewarganegaraan apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1 Februari 1948.

Menurut catatan sejarah, apabila British mula merancang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu sebagai sebuah negara bangsa, apa yang sudah sedia wujud disambung. Maka, menjelang tahun 1957, Perlembagaan Persekutuan digubal dan dimasukkan perkara-perkara yang sudah pun wujud.

Justeru, rakyat khususnya kaum-kaum lain perlu sama-sama menghormati hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan kerana pada ketika ia digubal dahulu, kaum lain sendiri sudah bersetuju dan akur dengan perkara-perkara yang dimasukkan dalam Perlembagaan tersebut dan tidak perlu dipertikaikan lagi.

Orang Melayu Tidak Akan Pernah Bersetuju Perkara 153 Dipinda

Kedudukan istimewa orang Melayu telah bermula sejak sekian lama dan berasaskan sistem kerajaan yang wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Malah, tidak ada juga yang menafikan bahawa di Semenanjung, sejak 1895 sudah ada sembilan kerajaan Melayu yang kekal sampai ke hari ini.

Perlembagaan telah dirangka berdasarkan nasihat daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian pada tahun 1956, Perlembagaan itu kemudian berkuatkuasa apabila negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perkara 153 Perlembagaan Malaysia memberi hak kepada Yang di-Pertuan Agong, bertanggungjawab menjaga hak-hak dan keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera mana-mana negeri Borneo (Sabah dan Sarawak) serta kepentingan-kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan perkara ini.

Ia juga secara terperinci menjelaskan bagaimana Kerajaan Persekutuan mempertahankan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera dengan menetapkan kuota untuk kemasukan perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, pemberian permit dan lesen perniagaan.

Tidak dapat dinafikan bahawa punca mengapa kebelakangan kini terdapat pihak-pihak yang mempersoalkan mengenai hak-hak dan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu adalah kerana masyarakat pada masa kini sudah buta sejarah.

Sebenarnya, tidak perlu ada perbincangan atau perbahasan mengenai Perlembagaan kerana apa yang penting ikut saja undang-undang yang telah diguna pakai sejak dulu. Apabila timbul pertikaian ia tak lain hanyalah sebagai sebuah agenda provokasi yang berniat menakluk negara Malaysia dan bangsa Melayu dengan bermacam cara yang cuba dihalalkan melalui lorongan politik dan lain-lain.

Kuncinya di sini adalah, sesiapa yang mahu cuba menghapuskan atau meminda Perkara 153, perlu mendapatkan persetujuan orang Melayu dan Bumiputera terlebih dahulu selain majoriti di Parlimen dan perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kalau Perkara 153 perlu dipinda atau dihapuskan sekalipun, keseluruhan orang Melayu mesti setuju, Jika orang Melayu rasa belum sedia untuk pinda, maka ia tidak akan pernah boleh dipinda selama-lamanya.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button