Agama

Dalam Dunia Islam, Ulama Melayu Pernah Menjadi Guru Kepada Ulama Arab

Tidak pernah diketahui generasi moden bahawa suatu masa dahulu ramai ulama Melayu yang menjadi para guru kepada ulama-ulama Arab.

Namun demikian, pengkisahan ini dilenyapkan, disembunyikan dan tidak dimasukkan dalam buku teks sejarah di sekolah demi ‘keharmonian’.

Sedangkan pengkisahan itu sebenarnya secara tidak langsung dapat memupuk dan membentuk jati diri orang Melayu untuk lebih ke hadapan.

Guru Kepada Ulama Arab

Menurut Pengarah Maktab Penyelidikan Alam Melayu dan Islam, Dr. Hasanuddin Yusof, antara ulama Melayu yang pernah menjadi guru kepada ulama Arab adalah Syeikh Yasin Al-Fadani.

Syeikh Yasin Al-Fadani pernah menjadi guru kepada ramai ulama Arab termasuk Syeikh Ali Jum’ah Muhammad Abdul Wahab yang ketika ini menjadi Mufti Besar Mesir.

Selain itu, ulama Melayu memiliki pengaruh yang cukup hebat kerana Syeikh Ahmad Khatib al-Minangkabawi misalnya bukan hanya menjadi guru malah dilantik sebagai imam Masjidil Haram.

Pengarah Maktab Penyelidikan Alam Melayu dan Islam, Dr. Hasanuddin Yusof
Pengarah Maktab Penyelidikan Alam Melayu dan Islam, Dr. Hasanuddin Yusof

Ulama Penggerak Jihad

Ujar Hasanuddin, selain berperanan sebagai guru, ulama Melayu juga menjadi penggerak jihad sejak sekian lama termasuklah ketika perang kali pertama di Tanah Melayu.

Ketika Sultan Mahmud Shah (1488-1511) menjadi pemerintah Kesultanan Melayu Melaka, Baginda mengamanahkan anakandanya, Sultan Ahmad Shah untuk mengetuai pasukan perang.

Menurut catatan sejarah, sambil menunggang gajah, yang duduk bersama Sultan Ahmad Syah di atas pelana gajah perang itu adalah Maulana Sadar Jahan.

Maulama Sadar Jahan bukan sekadar ulama biasa sebaliknya menjadi antara ulama yang paling berpengaruh di Istana sekali gus menjadi penasihat kepada Sultan.

Sultan Dari Tanah Pulau Jawa Bersama Wali Songo

Selepas Kota Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka jatuh ke tangan Portugis, Sultan Demak iaitu Raden Fateh (1455 -1518) membuat perancangan susulan.

Diikuti Sultan Demak kedua iaitu Pati Unus (1518-1521), ulama-ulama dari tanah pulau Jawa turut memberi nasihat untuk menyerang Portugis untuk berundur.

Sejarah mencatatkan Sunan Kudus atau nama sebenarnya Syeikh Jaffar Saddiq yang merupakan panglima perang Kesultanan Demak tidak mengetepikan ulama.

Difahamkan Sunan Kudus mewakili angkatan tentera perang Kesultanan Demak telah bermusyarawah dengan para wali songo di Masjid Demak sebelum menuju ke Kota Melaka.

Catatan Portugis Tentang Kemaraan Ulama

Semasa Sudan Kudus membawa angkatan perang Kesultanan Demak ke Kota Melaka bagi menghalau Portugis, mereka cukup terkejut melihat kemaraan ulama.

Malah orientalis Portugis membuat catatan khusus tentang serangan tersebut dan dalam catatan itu, mereka menulis ulama Melayu sedia untuk berperang besar.

Mereka menulis para ulama Melayu telah mengapi-apikan dan menghasut orang-orang di Kota Melaka untuk bangkit melawan kebangsatan Portugis.

Maka dengan itu, semangat perjuangan itu berjaya dihidupkan dan Portugis tidak dapat bertahan lama dan terpaksa membatalkan hajatnya untuk menjajah Kota Melaka.

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker