Budaya

Cukuplah Berfeqahkan 3 Rukun Islam & 1 Rukun Agama? Ini Mesej Yang Bahaya!

Baju Melayu diciptakan dengan mesej serta falsafah yang jelas, barulah layak digelar baju Melayu.

Jika sesuatu baju itu dicipta tanpa ciri-ciri yang cukup, ia tidak sesuai dipanggil baju Melayu.

Biarlah baju itu dihasilkan pereka fesyen ternama sekali pun, kesalahan jangan dibiarkan berulang.

Masyarakat Melayu tidak menghalang untuk anak bangsa ini tampil kreatif namun biarlah bertempat.

Bukan main sauk sahaja asalkan nampak hebat dan unik sedangkan ia memberi mesej yang bahaya.

Fesyen baju Melayu rekaan Anuar Faizal memberikan mesej yang sangat menakutkan.

Lihat sahaja pada butangnya, Anuar Faizal berkata cukuplah orang Melayu berfeqahkan tiga rukun Islam.

Sedangkan umat Islam harus terutamanya bangsa Melayu harus tahu lima butang itu simbolik kepada:

  1. Mengucap dua kalimah syahadah
  2. Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam
  3. Berpuasa dalam bulan Ramadan
  4. Mengeluarkan zakat
  5. Menunaikan haji bagi yang berkemampuan

Tetapi apabila Anuar Faizal cuma mengekalkan tiga butang sahaja, ada falsafah dalam rukun Islam dibuangnya.

Begitu juga dengan tiga poket pada baju Melayu, ia memberi mesej pemakai itu menjulang rukun agama.

Hal ini demikian kerana rukun agama terbahagi kepada tiga iaitu:

  1. Rukun Islam
  2. Rukun Iman
  3. Rukun Ihsan

Sekali Anuar Faizal mengekalkan satu poket sahaja, maka ada dua rukun agama sudah dibuangnya.

Perkara ini tidak boleh dianggap cikai atau remeh kerana fesyen melambangkan martabat budaya bangsa.

Jika tidak faham bahasa Melayu, boleh jazamkan dalam bahasa Inggeris:

Mesej Anuar Faizal kepada dunia kini jelas bahawa umat Islam berbangsa Melayu cukuplah berfeqahkan 3 rukun Islam dan amalkan salah satu rukun agama sahaja.

Mohon Anuar Faizal lebih berhati-hati dan banyakkan mengkaji budaya Melayu sebelum bangga untuk tampil dengan fesyen terkini kononnya inilah baju Melayu untuk hari raya Aidilfitri!

Baca Juga > Salah Siapa Generasi Melayu Moden Kita Buta Sejarah Dan Warisan Bangsa?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker