EkonomiIsu Semasa

CPTPP Kembar Perjanjian Pangkor, Bentuk Penjajahan Alaf Baru

CPTPP (Comprehensive and Progressive Agreement for Trans-Pacific Partnership) atau Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik adalah hubungan dua hala antara 12 negara yang berada di Lingkaran Pasifik, termasuk Malaysia.

Perjanjian ini menjanjikan pemansuhan tarif pada produk import daripada negara yang terlibat.

Malaysia menyasarkan RM2.8 trillion pada tahun 2030 dan perjanjian merupakan salah satu cara untuk menggapai cita-cita tersebut.

Selain itu, dengan menandatangani CPTPP, harga barangan-barangan import akan lebih murah dan sekali gus akan ‘menolong’ rakyat Malaysia menghadapi inflasi nanti.

Nampak indah, tapi sebenarnya kerajaan Malaysia sedang menjerat tengkuk-tengkuk rakyatnya dalam jangka masa yang panjang.

Bahana CPTPP

Walaupun perjanjian ini memberikan banyak faedah kepada para pelabur, pengeksport dan pengimport, namun ada lagi beberapa pihak yang akan merasai impak yang amat besar kesan daripada perjanjian ini.

Golongan ini termasuklah golongan pengusaha tempatan, petani, nelayan, pengusaha produk tempatan termasuklah kereta tempatan, harta intelek negara, komoditi negara dan pelbagai lagi.

Seperti contoh, kesan yang akan dirasai oleh para petani adalah harga biji benih yang akan meningkat dan lebih mahal dan seterusnya harga bahan kimia akan meningkat. Ini akan menyusahkan para petani lokal.

Biji benih pula perlu akan dikawal dan para petani dilarang untuk sesuka hati menjual dan berinovasi dengan biji benih mereka dan mereka perlu membeli dan menjual biji benih yang hanya dibenarkan di dalam perjanjian tersebut.

Lambakan bahan makanan seperti buahan-buahan; pisang,  juga bakal berlaku kerana produk tempatan terpaksa bersaing dengan produk-produk yang diimport ke dalam negara.

Selain itu, untuk para nelayan pula, mereka dikenakan syarat-syarat di mana ada sesetengah jenis ikan tidak boleh ditangkap dengan alasan untuk memastikan survival spesis-spesis ikan yang mungkin terancam. Namun demikian, isu kehapusan sesetengah spesis ikan tersebut adalah kerana jumlah penangkapan yang melampau daripada bot-bot tunda yang haram dan bukan daripada nelayan-nelayan tempatan.

Jika CPTPP kekal terlaksana 2023 ini, tak mustahil golongan petani, penternak bakal dianak tirikan di negara sendiri, malah lebih menyedihkan akan gulung tikar selamanya.

CPTPP, Perjanjian Pangkor 2.0

Perjanjian CPTPP adalah sama dengan Perjanjian Pangkor kerana perjanjian ini nampaknya memberi manfaat kepada warga asing daripada penduduk lokal sendiri.

Penjajahan ekonomi yang dibuat melalui perjanjian yang dibuat dengan Sultan Perak pada masa dahlulu nampaknya seperti di ulang kembali dengan terma-terma yang lebih moden dan lehib menjerut diri sendiri dalam jangka masa yang panjang.

Antara syarat yang dikenakan oleh British kepada Sultan Perak ialah baginda hendaklah menyediakan tempat Residen itu, nasihat Residen British hendaklah diikuti kecuali pada perkara-perkara yang mengenai agama dan adat orang Melayu; fasal menjaga dan memungut segala cukai dan hasil negeri, demikian pula aturan pemerintahan Am hendaklah ditetapkan dengan nasihat Residen British.

Tidakkah kita belajar daripada sejarah, mereka-mereka yang cuba meragut harta negara kita ini sungguh licik dan mereka akan membuatkan seperti mereka mahu menolong kita walhal sebenarnya mereka akan menjerut kita terma-terma yang mereka adakan dan lama-kelamaan kita akan dikawal sepenuhnya oleh mereka.

Bukan hanya setakat mereka mahu memonopoli ekonomi Malaysia dan negara-negara lautan Pasifik yang lain, bahkan mereka sebenarnya mempunyai agenda yang lebih besar daripada itu.

Memonopoli ekonomi dunia dalah sasaran mereka yang terakhir maka untuk mencapai objektif mereka, mereka perlu licik dalam mengatur langkah dan memperdayakan pihak-pihak lain sehinggakan mereka akan dianggap sebagai penyelamat.

Akhirnya, jika ekonomi Malaysia dikawal oleh mereka, maka kita terpaksa tunduk dengan segala kemahuan dan syarat-syarat mereka. Bahkan jika sesuatu isu timbul dan kita tidak berpuas hati dengan hal tersebut, Malaysia tidak mempunyai apa-apa kuasa untuk menentang dan membawa isu tersebut kepada mahkamah.

Tidak memeranjatkan jika berlaku satu gelombang kebankrapan syarikat tempatan serta pengangguran yang berleluasa.

Bagaimana pula sekiranya hal-hal kecemasan tiba-tiba muncul seperti virus Covid-19, adakah kita perlu menunggu produk-produk luar untuk masuk ke dalam negara, seperti apa yang terjadi kepada Britain sehinggakan mereka kecatuan makanan kerana terlalu bergantung kepada produk-produk import?

Di sinilah bilamana kedaulatan negara dicabar apabila negara sendiri tidak dapat mengawal kondisi ekonominya dan kita semua tahu bahawa ekonomi merupakan nadi kepada sesuatu negara itu.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker