Cucu generasi keempat Sultan Uthmaniyah Abdul Hamid II, Abdülhamid Kayıhan Osmanoğlu menjejakkan kaki ke Telok Panglima Garang sebagai lawatan sulungnya ke Tanah Melayu.
Ketibaan Abdülhamid Kayıhan Osmanoğlu dan rombongan di Dewan Sound, Kampung Sijangkang, Telok Panglima Garang itu dimulakan dengan persembahan silat.

Seterusnya, Abdülhamid Kayıhan Osmanoğlu dan rombongan duduk bersama-sama orang Melayu, bermunajat dan berselawat dalam program Mawlid Agung Alam Melayu anjuran Ratib Alami.
Selain daripada membina jalinan ukhwah sesama muslim, program itu juga diadakan seiring dengan sambutan Israk Mikraj yang cukup penting buat umat Islam.
Baca Juga >> Arab Saudi Bina Mukaab, Kaabah Baharu Untuk Visi 2030
Mengikut sejarah, Tanah Melayu sememangnya mempunyai hubungan secara langsung dengan kebanyakan negara-negara Islam termasuklah Turki Uthmaniyah.

Namun perkara ini, seperti tidak sampai ke pengetahuan generasi muda atas usaha untuk melemahkan jati diri orang-orang Melayu menerusi sistem yang menuju akhir zaman.
Turut hadir dalam program tersebut, Sheikh Mohamad Zaid Alfi Sani As Sinny dan Sheikh Lokman Effendi. – DEMI MALAIU
Sertai Whatsapp Berita Malaysia