Isu Semasa

Ceramah Ustaz Azhar Idrus Di KL Dibanjiri Anak-Anak Muda

Biar pun berdepan dengan pelbagai masalah sebelum ini, ceramah Ustaz Azhar Idrus yang dianjurkan di Kg. Pandan, Kuala Lumpur dibanjiri orang ramai termasuk anak-anak muda.

Terdahulu, Ustaz Azhar Idrus dijadualkan memberi ceramah di Masjid Tengku Ampuan Bukit Jelutong namun disebabkan beliau tiada tauliah mengajar di Selangor, program itu perlu dipindahkan.

Isu tentang pengtauliahan ini memang tertakluk di bawah Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 dan ia bukan satu perkara baharu kecuali tidak difahami orang awam.

Disebabkan sempadan media sosial itu terbuka luas, memang tidak menjadi masalah untuk orang Selangor untuk menonton video ceramah Ustaz Azhar Idrus.

Namun untuk mendengar sendiri secara berdepan, jemaah haruslah ke lokasi yang Ustaz Azhar Idrus mendapat tauliah dan kebenaran untuk mengajar seperti di Kuala Lumpur atau negeri-negeri lain.

Memang hari ini internet boleh diakses sesiapa sahaja dan sesiapa sahaja boleh memuat naik kandungan ke dalam media sosial, awas jika jemaah menonton semua video agama termasuk yang lain tanpa ada ilmu asas.

Ilmu asas adalah sesuatu yang sangat penting untuk dipegang kerana sudah ramai yang terpedaya lebih suka mendengar ceramah agama yang kononnya berpaksikan logik dan diterima akal semata-mata.

Apabila datang seorang hamba Allah bercerita tentang Islam, tentang iman, tentang ihsan, tentang Allah SWT, tentang Rasulullah SAW, tentang al-Quran, tentang hadis, tentang ijmak ulama, tentang qias, tentang akhir zaman, ada di antara mereka menggalakkan cukuplah sekadar ikut kepada al-Quran dan as-Sunnah sahaja.

Maka jemaah yang lemah ilmu jadi yakin mentafsir al-Quran, hadis atau as-Sunnah mengikut fahaman sendiri dan tidak merujuk pandangan ijmak ulama (kebanyakan ulama) bagi sesuatu perkara yang diragui.

Tonton video di bawah

@demi_malaiu

Ikutkan hari tu semua dah clear, Ustaz Azhar Idrus boleh buat ceramah di Selangor tapi last minutes.. maklumlah, beliau bukan Park Seo Joon.

♬ original sound – Demi Malaiu – Demi Malaiu

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker