Hiburan bagi generasi hari ini terutamanya pada tahun 2022 hingga 2022 bukan lagi tertumpu kepada siaran televisyen mahu pun siaran radio.
Jika ada yang berpendapat kedua-duanya masih platform hiburan utama untuk semua orang, ternyata anda termasuk dalam golongan ketinggalan zaman.
Kalau pakar akademik masih bercakap syarikat produksi perlu membuat kandungan dan disiarkan di kaca TV, saranan itu juga sesuatu yang tidak relevan.
Memang stesen TV menyediakan slot-slot rancangan seperti biasa dan syarikat penerbitan perlu ‘pitching’ agar karya mereka diterima.
Namun karya-karya yang diterbitkan hanyalah untuk mengisi ruang slot yang disediakan di samping stesen TV berharap ada iklan yang boleh dimasukkan.
Sehubungan itu, penerbit program harus memastikan kandungan yang diterbitkan boleh mencapai trafik yang tinggi agar pembayar iklan tidak kerugian.
Realiti Lokasi Hiburan Hari Ini
Pemain dasar atau agenda nasional perlu tahu bahawa generasi hari ini mencari hiburannya di Spotify, Pandora, Netflix, Viu, WeTV, YouTube dan TikTok.
Dalam erti kata lain, sesiapa yang bercakap televisyen dan radio masih bertindak sebagai platform utama, ternyata mereka pun tidak update dengan perubahan semasa.
Generasi hari ini lebih gemar untuk meluangkan masa dan berhibur di platform atas talian kerana semuanya boleh dicari dan disesuaikan mengikut cita rasa masing-masing.
Berbeza dengan orang-orang terdahulu, apabila menonton televisyen, penonton terpaksa menerima apa-apa sahaja yang disuapkan penerbit program.
Kalau drama cintan-cintun atau pun program nyanyian yang tidak berkesudahan, maka itulah yang ditayangkan.
Kalau program bersifat keagamaan, ditayangkan pada awal pagi, hari Jumaat tengahari hari atau petang Jumaat ketika semua orang masih di pejabat atau jalan raya.
Apabila pulang sahaja dalam keadaan penat, jika buka televisyen, program ringan yang banyak iklan seperti drama disiarkan kononnya sebagai teras hiburan.
Namun demikian, disebabkan terlalu muak dengan strategi penerbit program bertahun-tahun, ramai yang sudah beralih platform dan menonton perkara yang mereka mahu sahaja.
Peralihan Cara Orang Moden Berhibur
Tidak dinafikan orang-orang Melayu memang suka berhibur namun suatu ketika dahulu, cara kita berhibur dengan penuh adab sehingga di tangan memegang al-Quran dan lidah tak pernah berhenti berzikir.
Walau bagaimanapun, disebabkan Islam adalah musuh besar kepada pejuang New World Order yang sudah lama, maka Islam perlu dihancurkan dan dipisahkan daripada orang-orang Melayu.
Hal ini demikian kerana hanya orang Melayu dalam negaranya jelas termaktub menurut perkara 160 (2), seseorang Melayu itu mestilah bercakap bahasa Melayu, beragama Islam dan amalkan adat-istiadat Melayu.
Disebabkan perkara ini, jarum-jarum halus disusun dan berjaya menyerap masuk ke dalam budaya orang-orang Melayu yang tidak memegang al-Quran dan lidahnya tidak basah dengan zikir.
Kesannya, apabila TikTok muncul sebagai platform hiburan tanpa kawalan dan tersangat mudah untuk mendapatkan tontonan berjuta-juta, maka bukti kerosakan itu jelas terpapar.
Sehubungan itu, kita tidak lagi terkejut apabila ada anak-anak Melayu terutamanya tidak segan untuk menayangkan bentuk tubuh mereka sebagai satu hiburan kepada pengguna TikTok.
TikTok merupakan satu platform hiburan generasi hari ini namun apabila sudah diberi peluang untuk mengawal sendiri kandungan hiburan, jelas orang kita sendiri sengaja merosakkannya.
Jika bercakap tentang Netflix pula, pandangan mata kita dinormalkan untuk menonton budaya songsang yang disuapkan secara halus.
Kalau tonton siri drama Money Heist, watak Berlin dan Palermo selamba bercium mulut, dengan objek mahu menggambarkan mereka adalah gay, sedangkan watak itu tidak perlu pun, tak menjejaskan jalan cerita pun.
Kalau drama bersiri Squid Game yang menjadi kegilaan anak-anak, bayangkan apabila mereka dewasa dan datang nafsu menonton Squid Game, apakah mereka tahu pada minit ke berapa adagen seks diselitkan?
Maka perkara ini semakin menjadi di luar kawalan sampaikan baik LPF atau Finas, kedua-duanya tidak mampu menghalang kerana platform atas talian ini beribu pejabat di Los Gatos, California, Amerika Syarikat!