Sejarah

Cara Kenali Wahabi Menerusi Lima Aspek Penting Berdasarkan Kajian Yang Dibuat!

Untuk mengenali wahabi, terdapat lima aspek utama yang boleh dilihat seperti aspek akidah, feqah, tasawwuf, sejarah dan keganasan.

Menurut Pensyarah Kanan Fakulki Ekonomi & Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Dr. Abdullah Jalil, beliau mengenali wahabi bermula dari aspek akidah.

“Akidah yang pertama sekali yang saya kaji tentang wahabi ini adalah masalah sifat, sifat-sifat Allah.

“Saya diganggu dengan pemikiran-pemikiran atau pun dakyah-dakyah mereka berkenaan dengan sifat-sifat Allah,” katanya.

Selain itu, berikut adalah keterangan Dr. Abdullah Jalil tentang isu wahabi ini:

Waktu itu saya di Jordan. Jadi saya mula mengkaji atau mula mengenal wahabi ini melalui isu akidah.

Jadi sebab itu kalau kita tengok ulama yang berbincang tentang wahabi dari sudut akidah ini memang tegas.

Banyaklah.. bukan isu sebab Allah sahaja, dia macam-macam lagi. Ruang yang sempit ini tak sempat nak bincang.

Kemudian kita boleh tengok juga wahabi adalah dari sudut feqah. Yang ini saya tengok kebanyakan ustaz-ustaz dia hanya mengenali wahabi dari sudut feqah.

Maknanya wahabi ini mempertikai bidaah ini, bidaah itu atau pun apa kita panggil menolak amalan ini, menolak amalan itu.

Jadi, golongan ustaz-ustaz yang hanya mengenali isu wahabi dari sudut feqah ini biasanya mereka akan kata ini khilafiyah walaupun sebenarnya tak semua benda itu khilafiyah, satu dan kedua dalam khilafiyah ini sepatutnya kita berlapang dada tetapi mereka tidak berlapang dada.

Mereka menuduh sesat dan sebagainya. Aspek yang ketiga adalah dari sudut tasawwuf. Ulama-ulama tasawwuf juga agak tegas dengan wahabi kerana wahabi ini memang secara terang-terangnya mengkafirkan golongan-golongan ahli sufi.

Itu memang jelas, dalam kitab-kitab mereka kita boleh sangat jelas. Sebab itu saya tengok respon ulama tasawwuf, ulama sufi juga kepada wahabi ini agak tegas sebab wahabi mengkafirkan mereka bahkan menghalalkan darah mereka

Bahkan saya pernah dengar satu orang ulama wahabi pun dia kata siapa yang tak kafirkan orang-orang sufi, maka kafirlah dia, sampai macam itu sekali. Kalau tak kafirkan orang sufi, jadi kafir juga di sisi mereka. Allahuakhbar!

Sebab kalau kita baca kaedah mereka dalam Nawaqidul Islam, pembatal-pembatal Islam, kalau tak kafirkan orang kafir, jadi kafir, jadi bagi dia orang sufi ini sudah jatuh kafir. Jadi kalau tak kafirkan orang sufi, kafir juga.

Astaghfirullahalazim. Jadi dari segi aspek ketiga, tasawwuf. Kemudian aspek yang keempat yang sangat jarang orang tahu, subjek sejarah dan isu sejarah.

Saya pun mula mengkaji sejarah setelah saya mengkaji tentang tiga isu tersebut. Lepas saya dah kaji tentang isu akidah, saya kaji tentang isu feqah, isu tasawwuf, maka saya mula melihat ari sudut sejarah yang mana saya boleh katakan memang tak ramailah yang tahu tentang sejarah wahabi ini.

Mungkin ada faktor-faktor tertentu tetapi maknanya tak ramai yang tahu. Saya buat nota dengan tahun-tahunnya, rujukannya adalah.. jadi Alhamdulillah saya pernah membentangkannya di sebuah jabatan mufti dan sebagainya, Alhamdulillah.

Kemudian aspek yang kelima ialah aspek dari sudut keselamatan negara atau pun sekarang ini kita boleh kata counter terrorism atau pun preventing countering violent extremism.

Jadi kita tengok memang dengan kemunculan ISIS, kemunculan al-Qaeda dan sebagainya atau pun yang kita panggil the new wahabi, golongan new wahabi atau golongan khawaarij, maka kita tengok fatwa-fatwa, di Malaysia mula keluarkan fatwa.

Di Malaysia kalau kita tengok fatwa secara direct tentang wahabi mula dari negeri Perak, tahun 2012. Itu dekat-dekatlah nak berlalu krisis Syria tu.

Kemudian dituruti dengan negeri-negeri lain dan yang terbaharu yang saya lihat adalah daripada negeri Sabah, tahun 2017.

Jadi InsyaAllah kita boleh kongsikan  fatwa-fatwa negeri Malaysia tentang wahabi.

Jadi maknanya apa dia? Wahabi boleh dilihat daripada lima sudut. Akidahnya, feqahnya, tasawwufnya, sejaranhnya dan juga dari sudut kita panggil terrorism.

Dari sudut sumbangannya kepada lahirnya gerakan terrorism di dunia.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker