Dikatakan pada 906 Hijrah, fenomena cahaya matahari membentuk tiang-tiang merah pernah berlaku di Mesir.
Pada tahun berikutnya iaitu 907 Hijrah, wabak penyakit melanda Tanah Arab serta Mesir selama dua tahun.
Masuk tahun ke 908 Hijrah, tiba pula kemarau yang berpanjangan dan krisis makanan yang sangat kritikal.
Petanda Alam Kembali Lagi
Buat sekian kalinya, 2022 menjadi saksi fenomena ini kembali berulang dan rakyat Malaysia menyaksikannya.
Difahamankan apabila fenomena ini berlaku, dunia bakal memasuki fasa kemarau yang kritikal tidak lama lagi.
Disarankan untuk semua orang membuat persediaan makanan, mental, fizikal dan paling penting adalah rohani.
Sekiranya gagal mengawal rohani untuk berdepan dengan cabaran akhir zaman, sukar untuk kita bertenang.
Disebabkan itulah telah datang nasihat awal, kenyang diri dengan zikir, perlahan-lahan buang nafsu makan.
Maka apabila terjadi fenomena sebegini, secara tidak langsung kita mampu berdepan dengan ujian Allah SWT.
Hadith Riwayat At-Thabarani
Imam As-Suyuthi (w 911H) memuatkan sebuah hadith riwayat At-Thabarani di dalam Kitabnya Al-Jami’ As-Soghir berkenaan sabdaa Nabi s.a.w mafhumnya:
“Tatkala dilihat matahari terbit di saat bulan Ramadan dalam keadaan tinggi seperti tiang-tiang, maka simpanlah makanan untuk jangkamasa setahun, kerana ianya alamat kedatangan kemarau.”
والله اعلم بالصواب