Isu Semasa

Buku Teks Sejarah Tingkatan 3 Guna Istilah Peluasan Kuasa Barat, Bukan Penjajahan!

Dalam media sosial, sering kali kita membaca komen para netizen yang bangga dan tegas mendakwa Tanah Melayu suatu ketika dahulu pernah dijajah.

Tidak dinafikan pernah berlaku pergolakan orang-orang Melayu dengan orang-orang luar yang pernah menjajah negara lain tetapi di Tanah Melayu ini, yang berlaku adalah:

  1. Tanah Melayu cuba dijajah Sepanyol, Belanda dan British
  2. Tanah Melayu cuba dikuasai Sepanyol, Belanda dan British
  3. Tanah Melayu cuba diduduki oleh Jepun
  4. Tanah Melayu cuba ditadbir oleh komunis

Cuba sahaja pun, tetap tak menjadi!

Namun pada akhirnya, perjuangan orang Melayu itu berjaya membebaskan atau memerdekakan negara ini daripada campur tangan pentadbiran Barat atau kuasa asing.

Maka perlu difahami dengan kepala otak dan mata hati bahawa 31 Ogos 1957 misalnya bukanlah tentang menyambut kemerdekaan Tanah Melayu akibat berakhirnya penjajahan kuasa Barat.

Sebaliknya ia tentang kebijaksanaan pemimpin Melayu yang bersama dengan Raja-Raja Melayu memastikan British terpaksa menurunkan tanda tangan dalam perjanjian yang dicipta.

Perjanjian itu pula memenangkan orang Melayu sebagai bangsa yang tak pernah terjajah dan disebabkan itulah, sikap berani sentiasa ada serta tak pernah padam.

Baca perkara 3: The reasons for the above instruction are as follows:

a) that the Malay States never having been British territory but only British protected territory, the British flag cannot be lowered since it has never been raised

Apa terjemahannya?

Negara Melayu tidak pernah menjadi kawasan British tetapi hanya kawasan yang dilindungi British, bendera British tidak boleh diturunkan kerana ia tidak pernah dinaikkan.

Residen British cuma penasihat pentadbiran kepada segelintir Raja-Raja Melayu

Hadirnya residen British dalam istana sekali pun, sekadar boleh jadi penasihat dalam soal pentadbiran sahaja.

Tidak lebih daripada itu. Urusan Islam dan adat-istiadat Melayu langsung tak boleh disentuh atau dicampur tangan.

Kalau betul kena jajah, orang Melayu di Tanah Melayu ini serupa macam orang-orang Melayu di Filipina. Itu baru betul dijajah sampaikan agama Islam pun hapuskan dan murtadlah sekalian Melayu di sana.

Bangsa terjajah sangat lembik

Bayangkan jika orang Melayu adalah antara bangsa yang pernah dijajah atau terjajah, nak bangkit melawan pun pasti takkan berani kerana takut melihat pada banyak kematian.

Orang-orang Melayu ini pula bertauhid. Kita sedar bahawa dunia ini hanya tempat sementara dan syahid kerana menegakkan kebenaran atau penindasan, ada nikmat untuk alam yang seterusnya.

Maka perkara ini saling berkait sehingga hari ini namun yang menyedihkan, sudahlah ramai generasi hari ini beranggap subjek sejarah adalah membosankan, difitnahnya lagi Tanah Melayu dijajah.

Hisap gam cap senapang ke apa?

Like FB Page Demi Malaiu!

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu.

Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker