Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyebut Bahasa Kebangsaan Negara Malaysia ialah Bahasa Melayu. Maka, setelah 65 tahun kemerdekaan negara dicapai sepatutnya tidak ada alasan lagi jika masih ada di kalangan rakyat jelata yang tidak tahu berbahasa Melayu lainlah kalau mereka itu pendatang asing.
Bukan itu sahaja, umum pasti bersetuju bahawa hubungan perpaduan antara kaum juga dapat dieratkan dengan hanya menggunakan bahasa yang serupa iaitu bahasa Melayu yang menjadi bahasa Kebangsaan Malaysia.
Formula mencapai perpaduan itu hanya akan dapat dicapai sepenuhnya apabila komunikasi antara kaum menjadi sangat baik. Maka, komunikasi yang baik ialah apabila setiap perbincangan, pertuturan itu difahami semua pihak.
Justeru, adalah menjadi kewajipan semua rakyat agar bertutur di dalam bahasa Kebangsaan jika berada di khalayak awam. Dan ia perlu dipraktikalkan dan dikuatkuasakan dengan tegas agar tidak timbul lagi salah faham dan krisis perkauman.
Mungkin tindakan terbaik ialah mengeluarkan kompaun kepada mereka yang tidak mahu dan tidak tahu menggunakan bahasa Kebangsaan. Letakkan sahaja pegawai-pegawai penguatkuasa bertugas memantau di semua tempat yang melibatkan tumpuan awam. Wujudkan ‘kaunter khas’ bagi aduan salah laku adab, komunikasi dan toleransi bagi kesalahan ini.
Sesungguhnya Bahasa Itu Memupuk Perpaduan
Bukankah bahasa itu memupuk perpaduan murni. Sikap toleransi dan cara komunikasi antara berbilang kaum hanya boleh terbina apabila menggunakan bahasa yang sama iaitu bahasa Kebangsaan Malaysia.
Dan beruntunglah mereka yang dapat menguasai lebih daripada satu bahasa. Bagi kaum Melayu, tidak semua memahami Mandarin dan Tamil. Manakala bagi Cina dan India, mereka menguasai dua bahasa iaitu bahasa Melayu dan bahasa Mandarin atau Tamil. Itu adalah sangat baik.
Tetapi apabila kelebihan menguasai bahasa disalahgunakan ianya juga boleh mendatangkan mudarat besar.
Beberapa isu timbul kebelakangan ini hanya disebabkan penyalahgunaan bahasa yang bukan bahasa Kebangsaan di tempat awam apatah lagi atas urusan rasmi.
Bukan Perkara Baru, Orang Cina Memang Biadap dan Rasis!
Sikap Dan Sifat Suka Mendominasi Kaum Lain
Kalau kita lihat, kes-kes tercetus sebelum ini pun tular seorang jurujual wanita Melayu dikutuk dalam bahasa Mandarin oleh pelanggan berbangsa Cina. Kemudian penjual Cina yang cuba menipu wanita Melayu untuk membeli telefon bimbit dan amat mengecewakan kerana hal ini berlaku di negara Malaysia.
Terbaru, tular lagi satu kes di mana seorang pengguna Twitter pula menceritakan situasi beliau diherdik oleh seorang berbangsa Cina di dalam bahasa Mandarin. Dalam ciapan tanpa nama itu mencetuskan pelbagai pandangan daripada netizen, seorang rakyat Malaysia berkongsi kisah mereka bagaimana mereka menaiki lif bersama anak-anak dan kemudiannya diherdik oleh 2 orang di dalam bahasa Mandarin.
Orang Cina itu telah membuat komen tentang saiz keluarga mereka dan menyamakan keluarga itu dengan anjing kerana bilangan anaknya. Nasib Cina itu tidak baik apabila salah seorang anaknya memahami bahasa Mandarin dan mengherdik mereka kembali.
Di sini, dapat dinilai betapa wujud kejahilan dan kebencian di hati mereka yang mungkin kerana telah dipupuk sejak mereka kecil lagi atau mungkin kerana didikan ibu bapa serta hasil pendidikan vernakular dan kita amat bersimpati dengan mereka.
Menguasai bahasa lain di negara yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama sepatutnya digunakan ke arah kebaikan, bukannya dengan mengherdik, memperlekeh atau mengutuk orang.
Lebih baik sebenarnya jika kelebihan itu digunakan untuk menunjukkan sikap yang baik dan bukannya bercakap buruk tentang orang lain.
Ciapan itu telah menjadi tular dan menyebabkan ramai netizen berkongsi pengalaman serupa mereka dihina dalam bahasa yang tidak difahami.