Budaya

Bukan Sekadar Seni, Silat Lambang Jati Diri Orang Melayu – Hamzah Zainuddin

Silat bukan sekadar seni mempertahankan diri tetapi merupakan lambang jati diri orang Melayu yang telah berakar umbi sebagai warisan bangsa.

Dalam silat ditanamkan soal disiplin diri, dalam silat diajar hormat-menghormati, di dalam silat kita dilatih membentuk siasah diri dan selaku pesilat ketika usia muda, saya lalui semua proses ini.

Petang tadi saya dijemput merasmikan Kejohanan Kejuaraan Silat Terbuka Pendekar Seabad Universiti Malaya Kali Ke-14 Peringkat Kebangsaan dan Jemputan Antarabangsa 2023.

Walaupun ada cubaan untuk menganggu kejohanan ini, alhamdulillah semuanya berjalan lancar di mana seramai 2,700 pesilat termasuk skuad dari Indonesia, Brunei dan Singapura mengambil bahagian.

Kepada pihak tertentu janganlah terbawa-bawa politik kepartian. Gunalah kuasa yang ada untuk menyatukan kita setidak-tidaknya menerusi silat, kerana inilah anak bangsa yang bakal menjadi penyambung kepimpinan negara pada masa akan datang.

Terima kasih kepada Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM) Kebangsaan dan Persatuan PSSGM Universiti Malaya yang menjemput saya.

Insya-Allah ukhwah anak gayong akan sentiasa utuh dan terpelihara.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker