Jangan tak tahu Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al Musta’in Billah Shah pun antara tokoh kehormat orang Melayu yang sangat meminati sukan.
Jadi siapalah kita untuk mengatakan sukan itu tidak bagus dan sekadar buang masa untuk menyihatkan tubuh badan? Ternyata pandangan sedemikian amat tidak tepat.

Menjengah ke beberapa portal tempatan, ada yang mencatatkan Sultan Pahang pernah mengetuai Pasukan Polo Diraja Pahang dalam perlawanan antarabangsa di Windsor Polo Club, England suatu ketika dahulu.
Seterusnya, baginda juga mengambil bahagian dalam pertandingan di Singapura, Manila, Filipina, Brunei, Argentina, Amerika Syarikat, Sepanyol dan Belgium.

Kalau di Pekan pula, Baginda menubuhkan pasukan bola sepaknya sendiri dinamakan Pasukan Sri Mahkota Alam dan Baginda juga meminati sukan lain seperti golf, go-kart dan penerbangan ultralight.
Wah.. bukan biasa-biasa minat baginda terhadap sukan. Rasa sangat teruja apabila mengetahuinya. Penulis pun macam nak cuba penerbangan ultralight kalau berpeluang!