Isu Semasa

Bukan Emas Permata Yang Rakyat Inginkan, Tapi Pemimpin Yang Perjuangkan Rakyat dan Agama!

Fakta sedih politik Malaysia zaman kini

Sistem politik di Malaysia menampakkan perlumbaan untuk mendapatkan kuasa, dan bukannya berlumba-lumba untuk berkhidmat untuk rakyat dan mendapatkan redha Allah.

Kuasa ini syarat untuk melakukan apa yang mereka mahu dan kita tertakluk kepada pandangan alam dan pendapat pemimpin ketika itu dan siapakah yang menasihati beliau.

Apa yang berlaku sekarang, mengapa ahli politik masih berpolitik sedangkan kerajaan telah pun tertubuh sebelum ini?

Ini adalah kerana dalam keadaan itu sendiri mereka masih mempunyai perbezaan pendapat.

Jadi, kekecewaan rakyat dapat dilihat apabila terdapat ugutan-ugutan dan serangan dalam kerajaan itu sendiri walaupun mereka telah bersetuju untuk membentuk kerajaan.

Hal ini memberikan persepsi bahawa bagaimana kerajaan hendak fokus kepada rakyat jika hari-hari hanya berfikir tentang cukupkah kerusi parlimen saya?

Jadi, rakyat perlu tahu apakah yang perlu diharapkan dan perlu disampaikan untuk tidak hanya termakan gula-gula yang disua.

Manakala, kerajaan perlu tanya kepada rakyat, cukupkah apa yang telah dilakukan untuk rakyat?

Cepatkah tindakan kerajaan untuk mengatasi sesuatu masalah?

Memadaikah apa yang dilakukan oleh kerajaan untuk rakyat?

Adakah rakyat merasakan sumbangan yang kerajaan berikan.

Jika tidak, kerajaan perlu mengenal pasti di manakah silapnya?

Adakah dari segi komunikasi, jumlah, sistem atau struktur?

Kita melihat seolah-olah kerajaan suka menerangkan bahawa mereka telah membantu rakyat dalam jumlah-jumlah besar.

Realitinya, jumlah besar itu tidak penting sekiranya tidak mampu mencapai sasaran atau keberhasilannya bukan diadili melalui jumlah yang kerajaan tetapkan secara total, tetapi berapa ramaikah isi rumah yang mendapat bantuan itu dan adakah bantuan itu betul-betul sampai?

Ini yang lebih penting daripada kita melihat jumlah yang besar dalam data sedangkan setiap isi rumah misalnya kerajaan hanya memberikan RM500 ke RM1000.

Untuk Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) pula, hanya diberikan RM500 sebulan

Walhal suatu syarikat kecil mempunyai minimum 3 ke 4 orang pekerja.

Jadi, cukupkah banyak itu? Apa yang boleh mereka lakukan dengan RM500 sebulan?

Pasti banyak PKS yang terpaksa melepaskan pekerja mereka.

Jika kita lihat data terkini daripada Dewan Perniagaan, hampir 60 peratus syarikat yang mengatakan mereka akan gulung tikar.

Kerajaan perlu bertanya adakah jumlah yang ditawarkan cukup dan cepat sampai dan adakah akan bertahan kerana realitinya kita akan menghadapi keadaan ini lebih teruk dalam masa setahu dua ini.

Persoalan ini memberikan gambaran seolah-olah ahli politik lebih berpolitik daripada melihat masalah rakyat tetapi untuk berlaku adil, mungkin kerajaan hari ini mempunyai keinginan untuk membantu rakyat.

Namun, antara mereka dan parti-parti yang dianggotai oleh mereka sering menimbulkan keresahan ini dan mengambil peluang daripada kelemahan-kelemahan yang sedia ada, ini perlu dihentikan seketika.

Jika ahli politik dapat memberikan tunjuk ajar dan solusi, sedikit sebanyak rakyat tidak akan membicarakan siapa yang patut menjadi Perdana Menteri tetapi apa yang patut dilakukan oleh Perdana Menteri dan ini lebih baik dan menggambarkan ketulusan dan keikhlasan pemimpin itu untuk berjuang untuk rakyat.

Rakyat akan menilai.

Jadi, pemimpin yang ada perlu ubah sikap sementara kita tukar masalah sistem kita.

Sekurang-kurangnya ahli politik cuba untuk berada di posisi kita dan pastinya rakyat akan sudi menilai pada waktu dan ketikanya.

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button