Isu Semasa

“Bukan Aku Sorang Yang Tak Kibar Jalur Gemilang, Kau Pun Sama!” – Netizen

Berbaki beberapa hari lagi, negara bakal menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65. Dalam erti kata lain, tinggal lagi 35 tahun, genaplah 100 Malaysia mencuba gaya pentadbiran luar.

Namun tidak sampai 100 tahun, realiti hari ini menyaksikan generasi muda dan tua yang sedang hidup ketika ini semakin ramai yang tiada rasa kecintaan yang tinggi terhadap negara.

Lihatlah pada jalan-jalan raya atau rumah-rumah ketika, berapa kerat sahaja yang kibarkan jalur gemilang? Dan ada sesetengah kawasan itu, langsung tak kelihatan bendera yang berkibar.

Jangan sembang aku cinta negara, cukuplah ia ada dalam hati. Maknanya, cinta kita kepada negara adalah pada tahap crush sahaja, bukan gentleman.

Tahap crush begitulah, rela untuk tidak tunjukkan, tahu-tahu dia jadi milik orang, tahu-tahu negara jadi milik orang kerana usaha mereka lebih daripada kita.

Lainlah kalau gentleman, sanggup dia beri bunga, hadiah, ayat-ayat manis untuk memikat si dara atau janda, agar yang sepi itu tercetus rasa rindu dan sayang serta kepautan hati yang tinggi.

Mana yang crush memanjang, meroyan sahajalah selepas itu kononnya, tidak ada sesiapa pun yang menghargai padahal kita yang memilih untuk tidak serius.

Maka yang mana kita pilih untuk jelmakan diri kita pada hari ini? Sekadar rakyat Malaysia yang crush pada negaranya sendiri atau seseorang yang gentleman sanggup berbuat apa-apa sahaja?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker