Tular pengakuan seorang aktres wanita daripada negeri Sabah, Julia Farhana Marin, 28, dengan bangga membela najis (anjing) sebagai haiwan peliharaan.
Katanya, dia mengetahui hak dirinya sebagai seorang umat Islam namun dari sudut agamawan dan kebanyakan warganet, pemikiran Juliana sedikit terpesong.
Ujar seorang pengguna Facebook, Mahbob Mikayel, tindakan Julia ibarat merendahkan kedudukan agama Islam yang bertegas mengenai kesuciannya.
“Tak kisahlah kalau terpegang anjing boleh samak atau tidak, lebih baik lumur najis dekat satu badan dan cuci dengan air paip dan sabun sahaja sehingga bersih.
“Islam dah elok-elok suruh jaga kesucian agama, kau pula sibuk buat Islam kononnya nampak mudah tetapi salah sehingga timbulkan fitnah,” katanya.
Sementara itu, seorang pengguna Facebook lagi, Rozana Husin mengakui agak terkejut dan kecewa dengan kenyataan yang dimuat naik Julia.
“Apa-apa cerita pun, Islam tak mengajar umatnya untuk berbuat sesuatu sehingga menimbulkan rasa kurang elok dan gunakan perkataan masih Islam untuk pertahankan diri.
“Perbuatan Julia tak ubah seperti bangun pagi dan berkumur guna arak untuk gosok gigi. Kemudian bagitahu media, saya bukannya telan pun arak itu. Bertaubatlah Juliana,” tegasnya.
Mengulas perkara yang sama, Ismail Ramli berkata, perbuatan Julia menggambarkan dia memiliki ciri-ciri seseorang yang tertanam pemikiran liberal iaitu mengetepikan agama.
“Mungkin Juliana tidak sedar dia sedang menjadi sebahagian daripada puak-puak yang memiliki pemikiran liberal dan kalau tak dibendung, bangsa Malaysia moden akan anggap ia normal.
“Nak harapkan kerajaan yang ada kuasa pula, tak tahu nak suruh siapa. Kalau buat laporan pun, rasanya tiada tindakan. Tengok sahajalah kes abang Sajjad misalnya. Tak boleh selesai. Lemah!” katanya.
Terdahulu Julia menegaskan dia tahu batas-batasnya sebagai seorang Islam dan sudah melatih najis (anjing) yang diberi nama Julio melakukan pelbagai aktiviti yang turut disertai ahli keluarga yang lain.