Tular sebuah video yang memaparkan sekumpulan penyanyi wanita, Dolla tidak berzikir di pentas sebaliknya membuat persembahan nyanyian lagu raya.
Namun pada bahagian meja hadapan berdekatan dengan pentas pula, terdapat sekumpulan anak-anak muda yang dipercayai pelajar tahfiz.
Melihat keseluruhan video itu, anak-anak muda yang dipercayai pelajar tahfiz itu seperti tidak tenteram apabila Dolla sedang membuat persembahan.
Masing-masing seperti cuba untuk mengalihkan pandangan agar tidak tertonton persembahan maksiat itu namun Dolla meneruskan persembahan.
@demi_malaiu Dugaan buat anak-anak tahfiz, sengaja penganjur hidangkan maksiat agar hati mereka yang bersih jadi lalai?
Dalam hal ini, segelintir neziten menyelar pihak penganjur kerana tidak peka dengan latar belakang tetamu yang dijemput dalam acara tersebut.
Apa komen anda? Like, follow dan share agar pengajur program menyedari kesilapannya dan perkara ini dapat dibendung pada masa akan datang.