Raja-Raja

Buat Apa Nak Ada Raja Dalam Malaysia Lagi, Bukan Ada Guna Pun- Netizan Sekular

Adakah senario ini terjadi sekarang?

Percubaan itu memang ada, dan sentiasa akan ada, bahkan ianya memang telah wujud sejak daripada zaman sebelum merdeka lagi, iaitu percubaan untuk menjadikan tanah melayu sebagai republik.

Percubaan Untuk Jadikan Tanah Melayu Sebagai Republik Telah Wujud Sebelum Merdeka Lagi

Selagi institusi raja itu dipelihara, in shaa allah perkara ini tidak akan terjadi.
Melayu mesti bersatu untuk mempertahankan legasi institusi raja yang telah wujud sejak beribu tahun lagi.
Mungkin ada yang akan mempersoalkan apa kegunaan sultan dalam sistem negara.
Jika situasi dan keadaan negara itu tenang dan tiada marabahaya yang datang, memang fungsi sultan dan raja itu tampak seperti tiada guna.
Namun sekiranya situasi negara itu berkocak, siapakah yang akan mempertahankan negara jika waktu itu pergolakan politik melanda?
Mahukah kamu semua berakhir seperti negara Sri Lanka?
Ketidakstabilan politik berlaku, inflasi dan tiada siapa yang boleh mengawal negara, lalu rakyat  negara itu mula panik dan mencari siapa yang patut mereka sandarkan harapan, sekali gus rusuhan berlaku dan mengancam kestabilan dan keselamatan negara.
Dengan adanya sistem beraja, sekiranya politik di negara ini mengalami pergolakan yang maha dahsyat, maka Agong itu diberi tanggungjawab untuk menggalas sebagai ‘kerajaan sementara’.
Seperti sebelum ini, dengan adanya politik polemik yang terjadi semasa tahun peralihan kuasa pada 2018, segala isu negara telah ditadbir oleh Agong itu sendiri.
Jika negara ini tidak ada penaung dan penjaganya, maka tidak mustahil, pada tahun peralihan kuasa itu, Malaysia juga mungkin mengalami nasib yang sama seperti Sri Lanka.
Agong dan sultan-sultan adalah sebagai khalifah di dalam negara ini.
Adalah tanggungjawab mereka untuk memastikan para pemimpin yang lain untuk terus berkhidmat untuk masyarakat dan negara.
Sekian.
Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker