Raja-Raja

Buat Apa Ada Raja, Bukan Bagi Apa-apa Sumbangan Pun- Netizen

Tuduhan yang mengatakan institusi raja tidak memberi apa-apa faedah kepada negara merupakan suatu tuduhan yang main sedap mulut sahaja.

Tuduhan ini sebenarnya hanya memalukan mulut yang berbicara kerana nampak sangat tidak tahu sejarah.

Jadi, untuk menganalisis ruang yang menunjukkan masuk akal atau mencari sumbangan-sumbangan yang di buat oleh institusi beraja, ianya tidak sukar untuk dilakukan.

Kuasa demokrasi datangnya daripada raja-raja. Jika institusi beraja tidak mahu berkongsi kuasa atau menurunkan sedikit sebanyak kuasanya kepada demokrasi, demokrasi tidak akan wujud.

Demokrasi ini merupakan satu sistem yang baharu, jadi kita telah meletakkan institusi beraja itu untuk bersemayam di atas takhta institusi beraja pada 9 takhta di negeri-negeri dan kita cipta satu takhta baharu kepada peringkat persekutuan iaitu takhta Yang di-Pertuan Agong.

Maknanya, selain daripada kita menegaskan dan menjamin kedudukan institusi beraja pada negeri-negeri dan apabila kita bentukkan persekutuan dalam 13 buah negeri atau pada awalnya kita ada 11 buah negeri ketika Persekutuan Tanah Melayu sehingga kita menjadi Malaysia, kita pastikan bahawa Yang di-Pertuan Agong itu menjadi ketua negara atau kepala utama negara dan juga meletakkan baginda sebagai ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja.

Jadi, kita mahu pastikan bahawa tidak seinci pun Tanah Melayu ini tidak mempunyai raja.

Oleh kerana kita telah kehilangan raja di negeri Melaka setelah kejatuhan empayar Melaka, begitu juga Pulau Pinang dan apabila kita membentuk Malaysia, Sabah dan Sarawak yang telah kehilangan raja, kita memastikan bahawa institusi beraja itu harus wujud, dikekalkan dan baginda jualah yang melantik Yang di-Pertua Negeri bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja.

Jadi, kita mahu memastikan agama Islam tetap mempunyai tunjang atau pasak yang begitu kukuh dan kuat iaitu institusi beraja dan seterusnya setiap titis air yang mengalir di negara kita mempunyai raja atau tuan.

Sebab itu untuk meletakkan atau mengukuhkan takhta bukan sahaja di peringkat negeri tetapi pada peringkat persekutuan yang pada mulanya tidak mempunyai sistem beraja itu.

Jadi, jika kita merujuk kepada peranan parti-parti politik, seperti yang di dalam buku manifesto, laporan-laporan berita, akhbar dan media sosial penerbitan, tiada parti politik mengaku yang mereka tidak akan menjamin kedudukan raja.

TIDAK ADA.

Tetapi, terdapat politik terutamanya dalam pentadbiran kerajaan sebelum ini, tidak semua tindak-tanduk mereka menunjukkan bahawa mereka menghormati raja dan perundangan negara yang menjaga kedudukan raja.

Kita jelas bahawa setiap undang-undang yang berkesan ke atas kedudukan dan keistimewaan raja-raja hendaklah mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja.

Jadi, tidak ada kesungguhan bagi pihak sesetengah parti politik untuk menjamin dan mengangkat kedudukan beraja sebagai undang-undang tertinggi negara.

Jadi, kedudukan atau takhta Yang di-Pertuan Agong, takhta Dulu-Duli Yang Maha Mulia, raja-raja dan pemerintah negeri-negeri itu menunjukkan peri penting institusi itu tetapi tidak ada tindakan untuk membawa raja-raja itu untuk berbincang dalam meletakkan dasar-dasar negara ini.

Jika kita masih lagi berbincang tentang begitu teknikalnya isu menandatangani undang-undang antarabangsa tidak memerlukan perkenan raja.

Ya, betul dalam prosesnya begitu, hanya kabinet yang boleh meluluskannya, tetapi kesannya, undang-undang berkaitan institusi beraja perlu dipinda.

Apabila dipinda, perlu mendapatkan perkenan Majlis Raja-Raja.

Jadi, berlaku keadaan di mana ia merupakan satu manipulasi kepada kedudukan undang-undang.

Sekiranya undang-undang itu ditaati, maka hendaklah dibawa berbincang dengan institusi beraja tentang hal-hal yang melibatkan institusi beraja.

Jadi, adakah anda rasa dengan ketiadaan institusi raja ini, agama Islam dapat benar-benar dipertahankan?

MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022

Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru