Raja-Raja

“Buang Jer Sultan-Sultan Ni, Firaun Moden, Perhabis Duit Rakyat,” Wan Ji, 2012

Pada 8 November 2012, seorang penceramah bebas yang juga pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wan Ji Wan Hussin menyebut istilah yang kurang sopan berkait institusi raja-raja Melayu. 

Antara istilah yang diungkap menerusi Facebooknya suatu ketika dahulu adalah ‘buang je sultan-sultan ni’, ‘ini setan tak baca hadis nabi’, ‘bodoh agama’, ‘firaun moden’, dan ‘perabih duit rakyat’. 

Paling menyedihkan, kenyataan Wan Ji langsung tidak disangkal atau dimarahi secara terbuka oleh pemimpin PKR pada ketika itu walaupun imej parti politik berkenaan terjejas.

Ibarat kata, mereka seolah-olah tangan ghaib yang berselindung di sebalik tabir mengatur kenyataan-kenyataan biadap tersebut dengan mengkambing hitamkan pemimpin bawahan.

AYAT SENSITIF & MENGHASUT

Pada 27 April 2019 dalam forum Malaysia Statut Rom pula, seorang pemimpin kanan PKR, Dr. Syed Husin Ali menyebut dengan ayat-ayat yang sangat sensitif, berbahaya dan sangat menghasut.

Tetapi masih tiada sebarang tindakan yang diambil terhadapnya samada daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) atau pun pihak kepimpinan tertinggi PKR.

Hal ini membuktikan apabila kepimpinan tertinggi tidak menegur, perkara itu dianggap bukan satu masalah biar pun ia berunsurkan kecaman terhadap raja-raja Melayu.

PERTIKAIKAN FUNGSI YDPA

Terbaharu pada 30 Mei 2021, seorang pemimpin PKR dari Sarawak, Iswardy Morni mempertikaikan fungsi Yang Dipertuan Agong (YDPA) menerusi ucapan dalam satu forum di Facebook.

Iswardy jelas bersikap biadap terhadap YDPA mengatakan Tuanku tidak berbuat apa-apa dalam mengurus krisis pandemik dan hanya membiarkan rakyat mati disebabkan Covid-19.

Begitu juga dengan pemimpin parti DAP yang merupakan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong baru-baru ini mempertikaikan nombor pendaftaran ‘TMJ’ dan ‘RZ’ iaitu sama ada didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Malah Pertubuhan Pelajar Umany, UM, yang pro DAP juga dengan berani membuat satu kenyataan media, menyebut bahawa Raja-raja Melayu tidak boleh campur urusan negara, disebut “YDPA Should Not Interfere in National Affairs. 

Sedangkan kita tahu bahawa menurut Perlembagaan Persekutuan YDPA bersumpah untuk menjalankan dengan adilnya pemerintahan baginda di Malaysia. 

Termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan, Kuasa Eksekutif Persekutuan hendaklah terletak hak pada YDPA. 

Jadi bagaimana nak suruh YDPA tak campur tangan urusan negara bila dalam Perlembagaan Persekutuan sendiri menyebutkan bahawa kuasa Perundangan Persekutuan terletak hak pada parlimen yang hendaklah terdiri daripada YDPA dan dua Majlis Parlimen. 

Perkara ini menunjukkan tahap realisasi yang berlaku walaupun pemimpin parti-parti politik dari PKR, DAP dan Amanah khususnya menyebut bahawa mereka sentiasa menjunjung Institusi Raja-raja tetapi kepura-puraan itu boleh diibaratkan seperti “lempar batu sembunyi tangan” yang bersifat “hanya menanam tebu di pinggir bibir.” 

Sepatutnya, kepimpinan tertinggi parti itu mengambil tindakan keras ke atas mana-mana pemimpin mereka yang mempertikaikan atau menghina Raja-raja Melayu. 

Perkara ini penting bagi membuktikan bahawa parti mereka adalah sebuah parti yang menghormati kedudukan Raja-raja Melayu seperti yang diwar-warkan, malangnya perkara begini tidak berlaku. 

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker