Sebelum berlakunya perpecahan kawasan kerana faktor politik dan geografi, alam Melayu ini bersatu di atas benua Sunda.
Namun setelah banjir besar berlaku, terpecah-pecahlah menjadi kawasan dan sebab itulah zaman kesultanan Melayu Melaka tersangatlah besar.
Bukan dari Perlis hingga Singapura sahaja malah ia mencakupi kawasan Sumatera, Filipina, Borneo dan beberapa lagi kepulauan Melayu.
Menariknya tentang jati diri golongan bangsawan Melayu dahulu yang berjaya menempatkan diri ke benua barat, mereka bawa bersama busana Melayu sebagai imej Melayu.
Tiada apa yang mahu disegan silukan, budaya dan busana Melayu amat dikagumi kerana pemakaian pun ada falsafahnya tersendiri.
Namun hari ini, golongan VIP yang boleh dirujuk kepada golongan bangsawan ini juga tidak terkecuali hilang jati dirinya.
Sebab itulah tidak ramai yang berani berbusana Melayu, mungkin untuk muncul dalam Dewan Rakyat atau Dewan Parlimen, bersidang dan berbicara isu rakyat.
Jika situasi ini berlaku, InsyaAllah orang Melayu yang takut akan mula berani mengikut dan kita mampu membangkitkan semula jati diri orang-orang Melayu!
➡️ Sertai Group Telegram Demi Malaiu
AYUH SERTAI SERTAI PROGRAM KAMI. DAPATKAN SIJIL PENYERTAAN & T-SHIRT EKSKLUSIF. DAFTAR SEBELUM 15 MAC 2022. KLIK UNTUK MENDAFTAR!