Sejarah

Bersediakah Rakyat Malaysia Berdepan Varian Baru Selepas Boleh Rentas Negara?

Seperti yang diketahui umum, industri pelancongan telah mula dibuka bermula September lalu tetapi kerajaan menetapkan hanya Langkawi sahaja yang boleh dikunjungi untuk bercuti.

Ini kerana Langkawi diletakkan di bawah program gelembung pelancongan bagi memperbaiki ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Tidak dinafikan usaha ini adalah baik untuk membantu memulihkan semula tahap ekonomi negara dan juga pusat pelancongan itu sendiri.

Setelah hampir sebulan gelembung pelancongan ini dijalankan, sebuah hotel terkemuka di Langkawi terpaksa ditutup akibat terdapat lebih dari 50 orang pekerja disahkan positif Covid-19 beberapa hari lalu.

Mengimbas kembali situasi di mana kes Covid-19 melambung naik selepas diadakan PRN Sabah pada 26 September 2020. Ini amat memimbangkan memandang ada ura-ura mengatakan PRN Melaka bakal dijalankan dalam masa terdekat. Wajarkah untuk mengulangi kesilapan yang sama sekali lagi?

Kemudian sekitar pertengahan tahun 2021, kes Covid-19 sekali lagi mendadak naik akibat daripada kilang yang dibenarkan beroperasi oleh pihak kerajaan walaupun pada ketika itu telah dikuatkuasakan PKP penuh.

Ditambah dengan varian baru yang telah masuk ke Malaysia pada ketika itu iaitu Varian Delta. Jika dilihat secara kasar trend angka Covid-19 meningkat adalah secara berkala dan boleh dikatakan setiap 6 hingga 7 bulan sekali jumlah kes akan meningkat secara mendadak.

Walaubagaimanapun, diharapkan kerajaan akan pertimbangkan dengan lebih teliti berikutan dari kenyataan yang diberi Perdana Menteri awal Oktober lalu.

Beliau menyatakan bahawa rakyat bukan sahaja dibenarkan rentas negeri tetapi juga rentas negara sebaik sahaja Malaysia mencapai 90% kadar vaksinasi dewasa.

Mungkin ini yang dinantikan rakyat untuk kembali bebas seperti dahulu, tetapi bersediakah rakyat Malaysia menghadapai varian baru selepas Varian Delta mengganas diseluruh dunia?

Tidak salah untuk membuka semula pintu sempadan negara tetapi mungkin perlu lebih teliti sebelum keputusan dibuat. Cukup-cukup mengulangi kesilapan yang sama berulang kembali, memandangkan wabak ini masih lagi wujud maka kita perlu sentiasa beringat dengan setiap keputusan yang diambil.

Berdasarkan artikel yang ditulis di atas, apakah pandangan anda terhadap isu ini? Dan apa pula kerajaan perlu lakukan demi memastikan keselamatan rakyat terjamin selepas menerima dua dos vaksin?

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker