
Benarkah PBB Hanya Sebagai Pemerhati Setia Yang Naif?
Penghapusan Gaza – Peranan PBB Menyedihkan?
Kita amat marah melihat kelesuan PBB yang tidak bertindak terhadap penghapusan Gaza pada peringkat terakhirnya di Rafah oleh tentera pendudukan zionis Israel yang disaksikan setiap minit pembunuhan beramai-ramai yang kejam di Gaza oleh Israel.
Resolusi dan kenyataan- kenyataan dunia dan PBB sehingga hari ini tidak memberi kesan langsung kepada keadaan. Malah realiti semakin teruk dan buruk setiap detik.
Sejak perjanjian gencatan senjata di Kaherah gagal, Israel meneruskan serangannya di kawasan perlindungan terakhir Gaza iaitu di Rafah. Matlamat akhir adalah untuk melenyapkan Gaza sama ada dengan pemindahan paksa total atau memusnahkan setiap jiwa yang bernyawa di Gaza.
AS tahu setiap gerakan Israel. Walaupun nampaknya ia mendramatisir keadaan dengan mengumumkan penangguhan penghantaran senjata ke Israel selepas pencerobohan di Rafah bermula. Persoalannya ialah mengapa selepas tahap pembunuhan beramai-ramai seburuk itu telah dilaksanakan di Gaza selama 8 bulan yang lalu, baru sekarang AS menangguhkan penghantaran senjata?
AS adalah negara terbesar yang menyalurkan ke Israel dengan senjata pemusnah besar-besaran. Bekalan senjata yang digantung penghantaraan itu tidak lain hanyalah lakonan untuk membolehkan Israel memusnahkan Gaza secara total disaksikan di hadapan dunia.
Baca juga>> Bon Odori, Anak Melayu Seronok Berpesta Syirik!
Implikasi serius yang telah diingatkan oleh AS kepada Israel, telah diabaikan. Sokongan padu oleh AS kepada Israel ditunjukkan dalam 8 bulan keganasan Israel membunuh tidak kurang daripada 35,000 nyawa dalam kiraan terakhir.
Amaran untuk menghentikan bekalan senjata kepada Israel kini tidak berkesan. Israel telah menjadi raksasa ganas yang tidak menerima sebarang garis merah bila melancarkan pembunuhan orang awam sewenangnya. Operasi Israel telah membunuh hatta bayi dalam inkubator di hospital Gaza.
Pencerobohan Rafah telah bermula, menyudutkan penduduk Gaza ke ambang pembunuhan beramai-ramai, yang akan menyaksikan kematian dan kecederaan di Gaza meningkat berlipat kali ganda.
PBB telah gagal dengan teruk. Tiada satu resolusi untuk menghentikan kekejaman telah dimulakan. PBB nampaknya sekadar menjadi pemerhati kepada serangan tentera yang paling kejam.
Kita gagal memahami mengapa PBB tidak berupaya untuk bertindak selama 8 bulan terhadap kekejaman Israel.
Pejabat Setiausaha Agung harus lebih tegas untuk memaksa Israel menghentikan pencerobohan dan mematuhi undang-undang antarabangsa. Bagaimanapun, rakyat Gaza telah kehilangan harapan terhadap PBB. Penentangan adalah satu-satunya pilihan.
Kita bingung dan terkesima dengan ketidakupayaan PBB untuk mengambil tindakan tegas terhadap pembunuhan beramai-ramai Israel. Mengetahui penentangan Israel yang enggan mematuhi undang-undang paling asas hak kemanusiaan mangsa perang untuk mendapatkan akses kepada bantuan menyelamatkan nyawa, bagaimana PBB begitu naif sehingga tidak dapat menjangka kempen pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza akan dihentikan.
Israel tidak meninggalkan ruang untuk PBB meneruskan sebarang prosedur undang-undang antarabangsa. Ia telah melanggar dan akan terus melanggar semua peruntukan undang-undang dan konvensyen.
Persoalannya sekarang ialah mengapa PBB tidak dapat melaksanakan mandatnya untuk melindungi mangsa penindasan.
Laporan kematian, kecederaan dan kemusnahan begitu jelas dalam masa yang nyata. Bagaimana PBB hanya memainkan peranan sebagai pengadil dalam permainan maut Israel itu.
Untuk tidak bertindak, bukanlah suatu perkara yang masuk akal. Tidak keterlaluan untuk membuat kesimpulan wujudnya persekongkolan oleh PBB sebagai organisasi terbesar di dunia bagi menghancurkan wilayah kecil Gaza seluas 365 km persegi itu.
PBB tahu betul Israel sedang menyerang Gaza bukan tentang mempertahankan diri dan menghapuskan Hamas atau membebaskan tawanan malah seluruh dunia tidak menafikan hal itu.
Operasi ketenteraan sama sekali tidak mengambil berat tentang korban awam. Hasrat Israel ialah pembunuhan beramai-ramai peringkat tertinggi. Apakah yang perlu diyakinkan lagi kepada PBB, sebelum bertindak menentang serangan berdarah Israel itu?
PBB akan mencatatkan rekod kegagalannya menyelamatkan lebih 15,000 nyawa kanak-kanak disembelih dalam tempoh 200 hari di Gaza.
Memalukan PBB dengan operasi besar-besarannya di seluruh dunia tidak mempunyai walau sedikit pun kuasa untuk menghentikan Israel.
Memalukan bila PBB dengan operasi besar-besarannya di seluruh dunia tidak mempunyai walau sedikit pun kuasa untuk menghentikan Israel.
Memalukan bila PBB tidak layak membawa mandat Piagam PBB untuk keamanan dunia, keadilan hak asasi manusia dan kebebasan.
PBB tidak pernah diuji sebagai organisasi untuk menangani situasi sebegitu parah seperti di Gaza.
Malah ICJ tidak bernilai dalam menguatkuasakan langkah-langkah sementara untuk meletakkan Israel sebagai negara penjenayah terhadap jenayah pembunuhan beramai-ramai.
Saat seluruh dunia sedang menghitung mayat kanak-kanak dan wanita yang tidak berdaya, PBB tetap dan masih sekadar hanya mampu berperanan menjadi pemerhati sahaja.
Menarik: Tanah Melayu Tidak Pernah Dijajah?