Isu Semasa

Benarkah Era Kronisme, Nepotisme Benteng Kebal Lindung Perasuah?

Rumusan Minggu Pertama Februari 2023 menyaksikan beberapa isu mengenai pencerobohan tanah dan penempatan serta aktiviti melombong pasir secara haram yang masih berlaku di negara ini. Sebenarnya, ia sedang berlaku dihampir ke semua negeri di dalam Malaysia tinggal lagi belum terbongkar saja.

Lebih malang, walaupun telah lama berlaku tetapi di negara ini seolah-olah tidak wujud pihak berkuasa apatah lagi pemimpin negara. Sama saja baik dulu mahupun sekarang. Memang benar manusia mungkin tidak nampak dan tidak tahu tetapi bukankah Tuhan itu ada. Apakah kalian langsung tidak mengira tentang dosa dan pahala. Tak takutkah balasan Tuhan di akhirat nanti? Hentikanlah sandiwara rakyat sudah muak.

Benarkah Dakwaan Kembalinya Era Kronisme, Nepotisme Bakal Jadi Benteng Kebal Lindung Perasuah?

Nepotisme bermaksud melebih-lebihkan saudara-mara yang mempunyai pertalian, manakala Kronisme pula merujuk kepada amalan mengutamakan teman rapat dalam pelantikan sesuatu jawatan dan pemberian sesuatu projek untuk keuntungan pihak mereka secara bersama.

Budaya kronisme dan nepotisme inilah akan menjadi benteng ampuh kepada pemberi dan penerima rasuah untuk berselindung dalam sesebuah organisasi terutama pentadbiran kerajaan. Di sinilah aktiviti haram belakang tadbir mudah berlaku.

Malah, ia berlaku apabila wujud kelemahan daripada aspek kawalan dalam sesebuah organisasi dan juga sistem serta prosedur kerja yang membolehkan pelaku mengambil kesempatan melakukan rasuah dengan sangat licik tanpa perlu rasa khuatir kerana yang terlibat semuanya kroni dan ahli keluarga sendiri serta orang terdekat.

Itukah Keluarga Malaysia yang sebenarnya. Ia menjalar sejak dahulu lagi, dari pucuk hingga ke akar umbi. Bagaimanapun, tindakan tegas dan hukuman yang berat untuk menghukum pemimpin yang cuai dan tidak amanah dalam menjalankan tugas ini perlu dilaksanakan segera bagi menyelamatkan negara dari terus dinodai dan dirompak secara halus dari dalam.

Aktivis Lapor Kesan Pencerobohan Taman Negeri Selangor

Kita lihat minggu lalu Rakyat menagih respons dari Menteri Besar Selangor selepas sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Alam Sekitar, Rimba Disclosure Project (RDP) mendedahkan bahawa wujud empat aktiviti pencerobohan di sekitar Taman Negeri Selangor.

“Taman Negeri Selangor digazetkan pada tahun 2007 dan adalah Kawasan Perlindungan Sepenuhnya (TPA) kedua terbesar di Semenanjung selepas Taman Negara.”

“Bagaimanapun, hasil analisis daripada imej satelit harian kami menemui empat aktiviti penggondolan yang mencurigakan di dalam dan sekitar sempadan Taman Negeri Selangor,” kata RDP dalam laporan di Facebook.

Menurut RDP, aktiviti penggondolan dan pembalakan haram itu berlaku di sekitar Hutan Simpan Hulu Gombak dan Serendah, sekitar akhir tahun lalu dan awal bulan ini.

Tambahnya, lawatan tapak membuktikan trek pembalakan di Hutan Simpan Serendah adalah untuk projek Laluan Rel pantai Timur (ECRL) dan keempat-empat aktiviti yang dijalankan adalah sepanjang jalur sama.

“Namun, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar, projek ECRL Gombak – Pelabuhan Klang tidak pernah diluluskan,” kata RDP lagi.

Berikutan pendedahan ini, laman komen dipenuhi dengan tagihan dan tuntutan rakyat agar Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memberi respons dalam perkara ini.

“@AmirudinShari Mohon tengok masalah ni before terlambat or before next PRN! Jgn sampai jadi punca. Tq in advance, MB paling rajin berkhidmat utk rakyat,” kata @pilotHans.

Seorang lagi pengguna media sosial, @BarrCoolidge pula berkata, “@AmirudinShari ada kroni nak buat tanam durian secara haram ke? Atau curi balak ? Harap siasat.

Jangan tetiba jadi lagi tanah longsor. Nyawa orang tak bersalah melayang. @PASelangor harap monitor keadaan.

Justeru, kerajaan jangan memberi muka lagi kepada pemimpin yang cuai atau sengaja cuai dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Jika amanah yang diberikan tidak mampu dipikul serahkan tugas kepada mereka yang lebih layak. Ingat! Rakyat sentiasa memerhati tindak-tanduk para pemimpin. Jangan khianati amanah rakyat!

Kini DAP Mahu Halalkan Rumah Setinggan Haram Di Perak Pula, Selepas Pahang?

Selepas baru-baru ini Ahli Parlimen Raub, Chow Yu Hui dari parti DAP, secara terbuka menuntut supaya Menteri Besar Pahang melihat semula terma pajakan tanah (land leasing) ladang durian yang dianugerahkan kepada anak syarikat Kerajaan Negeri, kini Menteri Besar Perak pula mengumumkan bahawa sebanyak 7,872 hektar tanah di Perak diteroka secara haram.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat Malaysia, Cikgu Izzat Johari yang mengulas berkenaan isu ini berkata, “Apapun, kerjasama dengan antara UMNO dan DAP bakal memperlihatkan ‘pemutihan’ petani haram serta rumah setinggan haram bakal diberikan tanah 999 tahun sepertimana kehendak DAP.” “CIJ yakin UMNO mampu merealisasikannya.

Tenang dan tahniah orang Perak,” ujar beliau dalam hantaran Facebook. Cikgu Izzat Johari juga mengucapkan tahniah kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad kerana dengan bangga menjawab dengan baik jumlah keluasan tanah yang diceroboh.

Dalam pada itu, beliau juga mempersoalkan apakah tindakan pihak Kerajaan Negeri Perak, adakah hanya sekadar tahu sahaja bahawa lebih 7,000 hektar tanah di Perak diteroka secara haram sehingga Disember 2022 lalu.

DAP Cepat Dan Efektif Mulakan Langkah Halalkan Pencerobohan Tanah Kerajaan

Terdahulu, Timbalan Pengerusi Gerakan Tanah Air, Hj Aminuddin Yahaya dalam satu kenyataan menyifatkan tindakan parti DAP tersebut begitu cepat dan efektif dalam memulakan langkah untuk menghalalkan pencerobohan tanah-tanah Kerajaan, terutamanya di Pahang.

Kerajaan pula biasanya selepas dapat tahu, diamlah, nak bertindak jauh sekali. Kalau tiada keberanian bertindak, beri saja pada mereka yang lebih berani dan bermaruah untuk jalankan tugas.

Rasanya, Rakyat perlu membuka petisyen dan kertas siasatan terhadap setiap pentadbiran dalam Kerajaan Negeri di seluruh Malaysia. Rakyat sendiri kena bawa kes-kes pecah amanah pemimpin ini ke muka pengadilan. Biar YDPA yang jadi hakim.

MB Terkejut Isu Perkampungan Haram PATI Di Nilai

Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menggesa pihak berwajib supaya bertindak dengan segera terhadap kes penempatan haram warga asing di negeri itu. Katanya, laporan serbuan pihak Jabatan Imigresen Malaysia di sebuah penempatan haram warga asing di dalam hutan di Nilai itu amat mengejutkan dan mengecewakan.

Beliau mempersoalkan bagaimana perkara berkenaan berlaku dan mengingatkan pihak berkaitan agar tidak mengulangi kesilapan itu.

“Ia sudah wujud lama tetapi hanya baru dikenal pasti, di mana pihak berkuasa yang sepatutnya bertindak untuk kenal pasti dan cari maklumat? Kini terbongkar setelah sekian lama, dengan ada anak kecil, ibu malah ada sekolah, saya harap tidak berulang,”ujarnya.

Tegas beliau, semua pihak berkuasa, sama ada polis, imigresen ataupun pihak berkuasa tempatan perlulah semak apa juga aduan dan ambil tindakan segera.

Beliau juga berharap perkara itu tidak berlaku lagi kerana ia bukannya isu kecil tetapi isu yang besar.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya akan memanggil semua pihak terlibat dalam Mesyuarat Tindakan Keselamatan Negeri bagi membincangkan perkara tersebut.

Nak bincang apa lagi. MB sila bertegas!

Imigresen Serbu Sebuah Penempatan Haram Warga Asing

Baru-baru ini, Jabatan Imigresen Malaysia menyerbu sebuah penempatan haram warga asing yang terletak 1.2 kilometer di dalam hutan di Nilai Spring, Nilai. Dalam serbuan bersepadu itu, seramai 67 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk 36 orang kanak-kanak telah ditahan.

Menurut laporan, perkampungan haram tersebut memiliki kemudahan persekolahan mengikut sukatan pendidikan negara jiran serta dilengkapi beberapa unit set generator sebagai punca kuasa elektrik. Selain itu, kawasan tersebut juga dilaporkan dikelilingi besi serpihan jerat dan anjing liar.

Dalam serbuan itu, pihak berwajib juga telah menemukan beberapa senjata tajam seperti lembing dan parang. Operasi tersebut bermula pukul 1.30 pagi dengan dibantu pihak Pasukan Gerakan Am (PGA), Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Ini kerja geng Nepotisme atau Kronisme jugak ke? Mana Jabatan Perhutanan, takkan masuk hutan camping je? Sampai beranak pinak sudah PATI dalam hutan tu.

Syarikat Hantar ‘Gangster’ Serang Aktivis Dedah Aktiviti Lombong Pasir Haram

Terbaru, Tular pula sebuah rakaman aktivis dan penduduk kampung bergelut dengan pihak syarikat pelombong pasir haram di Pantai Pasir Panjang, Segari dekat Manjung, Perak.

Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA) dalam media sosialnya berkata, pihaknya dan penduduk kampung telah diserang oleh sekumpulan gangster upahan syarikat yang menjalankan aktiviti pengorekan pasir haram, di situ.

Menurutnya, mereka yang mengadakan sidang media berkenaan dakwaan kegiatan melombong pasir secara haram dilarang meninggalkan tempat itu, seterusnya mencetuskan pergelutan.

Walaupun kami telah membuat laporan polis & bawa anggota polis, ADUN & wartawan bersama, samseng upahan ini masih berani menyekat kami pulang.

Menurut laporan media, Magma Minerals Sdn Bhd, yang merupakan pemilik tanah, menghalang sekumpulan 20 orang daripada meninggalkan kawasan tempat penyu mendarat di muara Sungai Puyu.

Antara yang dihalang adalah ADUN Pantai Remis, Wong May Ing dan aktivis dari Persatuan Aktivis Sahabat Alam dan Persatuan Penggiat Alam Segari.

Peserta Sidang Media Pula Didakwa Menceroboh Kawasan Lombong Pasir Haram

Pegawai kajian lapangan Sahabat Alam Malaysia Meor Razak Meor Abdul Rahman berkata, wakil Magma Minerals mendakwa peserta sidang media sebagai menceroboh kawasan itu.

“Sebahagian daripada kami, termasuk Wong, pergi ke lokasi menerusi laut, sementara penduduk kampung yang lain melalui jalan darat.” “Kami buat sidang media untuk menggesa pihak berkuasa menghentikan kegiatan melombong pasir haram kerana ia memusnahkan tapak pendaratan penyu.”

“Walaupun Polis dan Pegawai Cawangan Khas ada, mereka (kumpulan wakil Magma Minerals) tetap menghalang peserta dari beredar dengan menutup jalan dengan jentolak,” jelasnya.

Pejabat Tanah Dan Galian Perak Sahkan Tiada Kelulusan Permit Melombong Pasir

Tambahnya, Pejabat Tanah dan Galian Perak telah mengesahkan yang Magma Minerals tidak diberi kelulusan untuk melombong pasir di pantai itu.

Berdasarkan Rancangan Fizikal Negara, katanya, tapak pendaratan penyu di Pantai Pasir Panjang, yang sebelumnya di bawah kategori ESA Rank 1 (Environmentally Sensitive Areas), kini di bawah kategori ESA Rank 2 tetapi ia tetap tidak sesuai untuk sebarang kegiatan industri atau perlombongan pasir.

“Mustahil mereka nak bina kilang di situ kerana tanah di bawah kategori Rank 1 dan Rank 2 tidak sesuai untuk tujuan itu.” “Apa yang saya lihat, mereka hanya nak lombong pasir.”

Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Perak (Mohamad Fariz Mohamad Hanip) berulang kali memberitahu kami yang mereka tidak diberi kelulusan untuk melombong pasir.” “Apa yang mereka lakukan adalah haram,” tegas Meor Razak.

Kesimpulannya:

Walaupun isu-isu yang dibangkitkan boleh dikatakan telah lama berlaku, kes lapuk. Terfikir juga berapa banyak lagi masa yang diperlukan untuk menjadikan Malaysia ini negara yang benar-benar bebas dari perasuah, kronisme, nepotisme dan aktiviti haram bila mereka yang telah dan sedang memikul tanggungjawab pun 2 kali 5 juga. Ibarat ketam mengajar anaknya berjalanlah juga. Sampai bila-bila pun tetap macam tu lah juga.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker