Isu Semasa

Bayangkan: Baju Kalis Senjata Daripada Kain Cindai Dijual Pada Harga USD10,000

Bayangkan baju kalis senjata yang diperbuat daripada kain cindai mendapat permintaan tertinggi daripada negara-negara yang sedang bergolak dengan tawaran harga USD10,000 bagi setiap helai.

Permintaan ke atas baju kalis senjata yang diperbuat daripada kain cindai ini meningkat secara mendadak apabila mereka mengetahui kain cindai bersifat lebih ringan dan memiliki unsur penisilin.

Maka untuk bergerak jadi lebih pantas, lebih senyap dan lebih selesa berbanding penggunaan baju kali peluru sebelum ini yang tebal, berat dan kurang praktikal.

Kehebatan teknologi kain cindai dipelopori orang Melayu dari alam Melayu dan tidak ada bangsa lain memiliki kemahiran bijak pandai demikian kecuali ketika sedang berfiksyen.

Namun demikian secara realitinya juga, ilmu-ilmu untuk menghasilkan kain cindai telah hilang sepenuhnya dan tidak diwarisi langsung generasi Melayu hari ini.

Bayangkan sekiranya masih ada orang Melayu yang bijak pandai menghasilkan kain cindai dan dijual ke pasaran dunia atas sebab pakaian tambahan untuk meningkatkan keselamatan, pastinya ia bernilai tinggi.

Jika ia berlaku, bukankah aliran ekonomi dan tahap kestabilan orang Melayu jadi semakin baik apabila kita menjadi negara pengeluar dan bukan lagi pengguna semata-mata?

Fikirkan tentang ini dan ketahuilah di muzium kita, terdapat banyak kitab-kitab berkait kerahsiaan dan ilmu Melayu yang belum dikaji. Begitu juga dengan manuskrip orang kita yang masih berada di luar negara!

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker