Siapa yang bawa masuk imigran dari Tanah Besar China yang tidak ditapis? Sudah tentulah British dan paling mengecewakan, ahli kongsi gelap pun berjaya menyusup masuk.
Bayangkan kalau imigran dari Tanah Besar China itu semuanya orang baik dan diberi peluang untuk menjadi pekerja di tapak penerokaan bijih timah, sudah pasti keadaan terkawal.
Namun malangnya, British tidak tahu mereka terbawa masuk sekali ahli kongsi gelap dan kelompok inilah yang menjadi pencetus huru-hara di Perak.
Keadaan jadi terlampau tak terkawal dan boleh pula British kata raja-raja Melayu lemah kerana tidak mampu mengawal situasi.
Kalaulah British pandai buat kerja, sudah tentu masalah tidak berlaku namun faham-faham sahajalah, drama perlu dilaksanakan untuk dapatkan kuasa.
Bermula daripada situlah Perjanjian Pangkor mula diusahakan sekali gus membolehkan British campur tangan dalam urusan pentadbiran orang Melayu.
Lebih menyedihkan orang-orang Melayu yang sedar akan hal ini, semuanya dituduh berhaluan kiri dan layak dilabel sebagai pembelot.
Siapa yang buat najis? British atau kelemahan orang Melayu? Sudah tentulah British dan drama ini perlu kita simpan dalam memori dan diwariskan kepada semua generasi.
Tujuannya agar sejarah tidak berulang dan orang-orang Melayu kembali mendapat hak yang mutlak di tanah berdaulat ini tanpa elemen sekular yang memisahkan agama, bangsa dan tanah air!