Aktivis liberal Malaysia mengucap ‘Kudos’ kepada Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Negeri Johor kerana berjaya membatalkan program Sekolah Berselawat.
Berdasarkan surat bertarikh 27 Disember 2022, Pengarah Pendidikan Negeri Johor, Md Said Md Daimon meluluskan program Sekolah Berselawat.
Malah kesemua sekolah rendah dan menengah yang dipercayai di bawah pentadbiran negeri Johor diminta untuk melaksanakan bagi menanam rasa cinta kepada Rasulullah SAW.
Namun tidak sampai sehari daripada program Sekolah Berselawat diadakan, Pejabat Pendidikan Negeri Johor mengeluarkan surat pembatalannya serta-merta tanpa sebarang alasan yang kukuh.
Namun demikian, Siti Kasim terdahulu dalam satu kenyataan Facebooknya kelihatan seperti tidak begitu senang dengan program Sekolah Berselawat yang mana antaranya apabila bunyi loceng digantikan dengan selawat.
Namun cukup mengejutkan apabila Kementerian Pendidikan dan Pejabat Pendidikan Negeri Johor membatalkan program Sekolah Berselawat itu, Siti Kasim mengucapkan ‘kudos’ kepada dua pihak.
Antara yang dipetik namanya adalah Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek dilantik sebagai Menteri Pendidikan serta Pejabat Pendidikan Negeri Johor.
Namun demikian, Pejabat Pendidikan Negeri Johor tampil membuat kenyataan bahawa pihak mereka tidak menerima sebarang desakan atau tekanan sehingga terpaksa membatalkan program Sekolah Berselawat.
Perkara ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa Pejabat Pendidikan Negeri Johor membatalkan program itu sememangnya dengan sukarela.
Timbul juga persoalan apakah pegawai dalam Pejabat Pendidikan Negeri Johor beranggapan selawat tidak sesuai didengarkan atau dilafazkan dalam sekolah awam negeri Johor?
Dalam media sosial, bangsa Johor yang beragama Islam mahu Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar campur tangan atas keputusan tersebut tersangatlah merendahkan nilai Islam.