Sebagai warganegara Malaysia yang berpegang dengan Perkara 3 (1) Islam ialah agama bagi Persekutuan, Gabungan Demi Malaiu berhak untuk mendesak agar konsert Blackpink dibatalkan.
Selain konsert Blackpink, acara-acara lain yang bersifat melalaikan dan bercanggah daripada unsur Islam serta elemen Melayu langsung tidak sesuai untuk dianjurkan di Tanah Melayu berdaulat ini.
Kepada warganegara yang sekular atau liberal, ketahuilah bahawa hiburan yang melalaikan itu adalah sejenis maksiat dan konsert daripada artis luar ini langsung tidak memberi apa-apa faedah.
Nak tengok konsert Blackpink, belilah tiket di luar negara. Konsert melalaikan sebegini, harus dibatalkan dan tak sesuai dianjurkan di Malaysia.
Maka kami Gabungan Demi Malaiu, membantah sekeras-kerasnya baik konsert Blackpink atau banyak lagi konsert lain yang akan datang. pic.twitter.com/oEhaRIxTFT
— Demi Malaiu (@DemiMalaiu) August 24, 2022
Jika sekadar mahu mencari hiburan, ingat-ingatlah bahawa Sungai Furat semakin kering sehingga menampakkan pintu tersembunyi dan tanda-tanda akhir zaman semakin jelas kelihatan.
Gabungan Demi Malaiu menentang konsert ini daripada diadakan kerana ini merupakan salah satu fardhu kifayah agar dapat selamatkan akidah anak-anak Melayu yang beragama Islam.
Sudahlah pihak yang memilik kuasa pun tidak cakna soal akidah, pembangunan ummah dan peningkatan jati diri, maka pada siapa lagi mahu diharapkan jika bukan daripada kita sendiri.
Mahu menjadi ahli Gabungan Demi Malaiu 3.0? Sertai Group Whatsapp Demi Malaiu 3.0 untuk pendaftaran.