Siapa sangka Bob Lokman atau nama sebenarnya, Mohd Hakim Lokman yang selama ini terkenal sebagai penulis lirik merupakan cicit ulama tersohor iaitu Tok Kenali.
Tok Kenali atau nama sebenarnya Muhammad Yusof Ahmad (1868-1833) merupaka ulama terbesar yang pernah dilahirkan di Kelantan.
Beliau bukan sahaja mempunyai ratusan murid yang masyhur dan berpengaruh, tetapi beliau juga adalah seorang pembangkit kesedaran Islam yang ulung di Kelantan.
Namanya masyhur di seluruh Nusantara dan Kota Suci Makkah kerana kegiatan ilmu, gerakan pembaharuan dan cetusan pemikiran politiknya.
Tok Kenali mendapat sentuhan ilmu di Kota Bharu di bawah bimbingan beberapa ulamak seperti Qadhi Haji Nik Wan Ismail, Tuan Padang, Tuan Guru Haji Ibrahim Sungai Budor dan lain-lain.
Pada 1886, beliau naik ke Makkah dan menjadi murid kesayangan Sheikh Wan Ahmad al-Fathani.
Beliau sempat belajar bersama-sama Dato’ Perdana Nik Mahmud dan Dato’ Laksamana Muhammad Mohd Said, yang kemudiannya menjadi tokoh-tokoh pentadbir yang penting di Kelantan.
Beliau pulang ke Kelantan pada 1909, setelah 22 tahun belajar di Makkah, iaitu setelah kewafatan gurunya pada 1908.
Beliau mula membuka pondok pada 1911, diikuti oleh pengajaran beliau di Masjid Muhammadi pada 1913.
Sejak itu, beliau mencipta nama dan menabur jasa bakti yang besar terhadap perkembangan pendidikan dan dakwah Islam di Kelantan, sehingga negeri ini dikenali sebagai Serambi Makkah.
Di antara jasa besar Tok Kenali ialah:
I. Menubuhkan pondok di Kampung Paya (tapak Hospital USM sekarang), kemudian membuka Pondok Kenali yang sangat masyhur itu.
II. Mengasaskan halaqat pengajian di Masjid Muhammadi sehingga ia berperanan seperti Masjidil Haram di Makkah.
III. Mengasaskan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebagai badan pentadbiran agama yang pertama di negara ini pada akhir 1915.
IV. Mengasaskan Sekolah Arab Majlis pada 1917 untuk menyusun semula sistem pendidikan agama bagi membolehkan pendidikan Islam bersaing dengan sistem pendidikan Barat yang diperkenalkan oleh penjajah.
V. Mengasaskan dan memimpin majalah Pengasuh pada 1918. Majalah ini sudah berusia 103 tahun, merupakan majalah paling lama bertahan di negara ini.
VI. Menubuhkan Jam’iyat al-‘Asriyah, iaitu sebuah perkumpulan separa politik Islam dan menjadi antara badan politik terawal di Kelantan pada 1915.
Apa pendapat anda? Ingin tahu lebih lanjut mengenai kisah-kisah menarik tentang agama, sejarah dan fitnah ke atas bangsa Melayu? Klik pada poster di bawah:
DAFTAR SINI> Sertai Seminar Eksklusif Agama | Sejarah | Fitnah Ke Atas Bangsa Melayu
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
[wpdevart_like_box profile_id=”100109992115173″ stream=”hide” connections=”show” width=”320″ height=”130″ header=”medium” cover_photo=”show” locale=”en_US”]Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!