Ekonomi

Bank Cipta Duit Atas Angin, Peminjam Jadi Tukang Bayar!

Bagaimana bank boleh mencipta duit? Walaupun tiadanya kewujudan wang fizikal? Dan apa kena mengena dengan rakyat yang meminjam wang daripada pihak bank?

Daripada diskusi meja bulat PRDM yang bertajuk Rakyat Derita, Bank Untung Atas Angin, PRDM 1, telah disertai oleh panel-panel dari Gerakan Keadilan Monetari, Tuan Helmi Shafandy Buhollia, Prof. Dato’ Ahamd Kameel Mydin Meera, Dato’ Abdul Manap Abdul Wahab, serta Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dato’ Nadzim Johan.

Antara petikan daripada Dato’ Abdul Manap tentang penciptaan wang,

“Bank mencipta wang daripada setiap pinjaman yang kita ambil dan memasukkan wang ke dalam akaun.”

“Ia tidak memerlukan wang. Ia hanya mencipta daripada pinjaman yang kita lakukan.”

“Kalau kita tidak melakukan pinjaman, bank tidak mencipta wang dan tidak boleh membuat keuntungan.”

“Ramai orang tidak akan menyoal isu ini disebabkan apabila kredit dimasukkan ke dalam akaun kita, kita boleh menggunakan kredit itu.”

“Ia menjadi duit. Kita boleh menggunakannya. Jadi, kita tidak mempersoalkan. Tetapi ini isu riba.”

“Kalau kita melihat nombor satu di bawah, bank meminjamkan kredit. Itu tidak mengapa, accounting entry sahaja, dimasukkan ke dalam akaun kita.”

“Apabila dimasukkan credit entry ini, ia menjadi wang, kita boleh mengguna pakai.”

“Tetapi ia dimasukkan hanya daripada hutang, tidak memerlukan wang. No debt, no credit.”

“Tidak ada hutang, bank tidak boleh mencipta kredit tersebut.”

“Banks do not lend depositors money and banks do not need money to lend.”

“Jadi, bank tidak memerlukan untuk memberi pinjaman.”

“Wang yang ada di bank pula ialah apabila kita memerlukan wang.”

“Jadi, kita menukarkan kredit tersebut dengan wang kertas. Sebab itu ia perlu menyimpan sedikit wang.”

“Banks are not financial intermediaries.”

“Mereka bukan orang tengah ataupun perniagaan yang mengambil wang daripada pelanggan.”

>> Boleh tonton kapsul video yang berkaitan Kapsul PRDM : Bank Cipta Duit Atas Angin Peminjam Jadi Tukang Bayar

Cipta wang dan untung berbilion Ringgit

Tambahnya lagi, ciptaan wang ini adalah daripada hutang yang kita ambil dan bank akan membuat keuntungan berbilion-bilion.

“Whose money did the bank use to lend? It’s credit. Nobody’s money.”

“Jadi, kalau kita bandingkan trader’s balance sheet dengan bank’s balance sheet, tidak kira konvensional ataupun islamik, di sini kita lihat, yang pertama, apabila peniaga memberi pinjaman, tunainya akan berkurang, walhal apabila bank memberi pinjaman, tunainya masih tetap sama.”

“Perubahan bagi trader, apabila mereka menjual dengan hutang, hanya berlaku di bahagian aset balance sheet, walhal di bank, ia berlaku di bahagian aset dan di liabiliti.”

“Itu yang menyebabkan balance sheet itu akan meningkat.”

“Jadi, kita lihat, trader no increase in the balance sheet tetapi for the bank, increase in the balance sheet.”

“RM100 000, RM60 000 dan RM30 000 ialah wang yang dicipta daripada hutang yang kita ambil.”

“Tidak ada hutang, bank tidak boleh mencipta wang. Bank tidak memberikan kita wang. Bank hanya mencipta wang”

Selain daripada isu penciptaan wang, terdapat juga isu-isu lain yang telah dibincangkan oleh panel-panel tersebut.

Antara lainnya adalah isu riba, bagaimana riba itu memusnahkan negara dan rakyatnya, dan bagaimana riba ini menyebabkan inflasi dan seterusnya menyebabkan harga barang, rumah dan lain-lain meningkat.

Juga, bagaimana suatu masa dulu, sistem kewangan di Tanah Melayu yang stabil telah porak-peranda setelah kedatangan British ke Tanah Melayu.

Dapatkan laporan penuh dengan pautan yang diberi.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker