Hangat diperkatakan tentang isu pecah masuk Mydin Mart, cawangan Sri Muda Shah Alam. Mangsa banjir di Taman Sri Muda, Shah Alam dilihat membawa bermacam barangan dari premis tersebut.
Perbuatan adalah salah jika dilihat dari sudut undang-undang. Namun Pengarah Pengurusan Mydin Holding (M) Bhd, Ameer Ali Mydin tampil dengan kenyataan bahawa beliau menghalalkan kejadian tersebut atas dasar melangsungkan kelangsungan hidup.
Namun beliau menegaskan bahawa beliau tidak menyokong sama sekali perbuatan mencuri tersebut kerana jelas ia adalah perbuatan yang dilarang dalam Islam bahkan dalam undang-undang di Malaysia.
Terbaru, setelah melakukan penelitian pada rakaman CCTV di premis tersebut didapati terdapat kumpulan lelaki yang berniat merompak apabila dilihat mereka memegang senjata seperti pisau dan parang.
Rakaman CCTV menunjukkan kumpulan lelaki tersebut telah memecahkan pintu utama dengan menggunakan kayu dan parang kemudian menuju ke tingkat satu premis yang menempatkan barangan jualan elektrik.
Jika mengikut logik akal manusia, sekiranya niat hanya untuk mendapatkan barangan makanan sahaja adakah perlu sehingga menggunakan senjata tajam?
Kejadian yang terakam melalui CCTV tersebut disahkan sendiri oleh pengarah pengurusan Mydin menyatakan barangan yang diambil seperti barangan elektrik, peralatan komputer, jam dan lain-lain yang jelas bukan barang makanan.
Perlakuan ini bukanlah dilakukan oleh orang Melayu kita tetapi tidak pula mengejutkan ianya dilakukan oleh warga asing yang jelas cuba mengambil kesempatan disebalik bencana banjir yang sedang berlaku.
Kejadian ini turut mendapat respond yang tinggi daripada warga net. Segelintir warga net mengatakan aktiviti pecah masuk ke Mydin ini tidak harus disebarkan kerana ia menjadi satu aib kepada pelaku.
Adakah wajar bagi perlakuan mengambil kesempatan dalam kesempitan seperti ini masih dibela oleh warga net?
Membela itu tidak salah tetapi perlulah bertempat dan tidak menjadikan pembelaan itu sebagai lessen untuk orang kembali melakukan perkara yang sama berulang kali.
Buat mangsa banjir di Taman Sri Muda yang berniat hanya untuk mendapatkan keperluan asas seperti makanan ia sudah dimaaf serta dihalalkan tetapi jika niat sebaliknya bersedialah untuk bersoal jawab di hadapan Allah SWT kelak.