Akibat terlalu ghairah untuk menjadi salah satu kumpulan makhluk terpaling viral di dunia sekumpulan lelaki dan wanita membuat rakaman video minum bir di sebuah restoran di Singapura agar ditonton dan dikagumi ramai
Dalam video berdurasi 24 saat itu menunjukkan seorang lelaki(tak pasti agama apa) yang sebelum meneguk air syaitan itu memberitahu audien bahawa ditangannya adalah ‘bir’ kemudian dia meneguk dan berkata ‘bismelahirohmeihirohim’. Macam salah baca je!
Sekali dengar macam dah tak lepas pun pada ucapan Bismillahirrahmanirrahim atau [bismi-llāhi ar-raḥmāni ar-raḥīmi]
Itu baru permulaan brader, kalau anda orang Islam, tunggulah nanti waktu nyawa di hujung halkum dan apabila nak mengucap lidah kelu tak terkata, waktu itu maka tahulah langit itu tinggi atau rendah. Sekarang selagi boleh persenda, silakanlah. Persendakanlah agama Allah SWT ini sepuas dan semahu hatimu okay.
Bukan perkara pelik lagi, mempersenda hukum Allah SWT juga sudah menjadi trend dan budaya yang semakin tular di platform media sosial oleh golongan yang tiada akhlak dan pegangan hidup.
Maka, tak hairanlah kita dapat lihat akhir-akhir ini sikap dan adab segelintir masyarakat Malaysia termasuk orang Melayu beragama Islam sendiri juga turut berada pada paras yang cukup membimbangkan apatah lagi bangsa lain dan agama yang bukan Islam.
Akal mereka seolah-olah bukan lagi berada di paras lutut tetapi sudah berterabur dan bersepah entah ke mana-mana tanpa boleh dikutip lagi.
Kita tidak pasti apakah agama mereka tetapi jika mereka beragama Islam, ianya satu perbuatan yang menyalahi hukum agama dan perbuatan itu juga boleh menyebabkan akidah mereka terpesong sehingga ke tahap jatuh murtad.
Tapi kalau mereka bukan beragama Islam, tak mengapalah mungkin itu budaya mereka!
Kalaulah mereka beragama Islam, tertanya juga, siapalah mak bapak mereka, apalah yang diajarkan kepada anak-anak mereka sehingga begitu biadap dan langsung tidak mengenal hukum halal haram. Takkan nak salahkan Sistem Pendidikan pula? Bukankah mereka sudah dewasa dan sepatutnya mempunyai akal yang waras? Takkan pula nak salahkan kerana disunatkan menggunakan laser, lagi tak logik.
Tetapi apakan daya tidak semua manusia dilahirkan dengan akal yang sempurna. Ada juga yang apabila dewasa akal mereka agak terbatas, mungkin akibat kemalangan dan sebagainya. Orang kata, mungkin wayar mereka ada shot skit!
Bagaimanapun, kalaulah dia Islam besar harapan kita dan amat berharap rakan-rakannya dapat membuat juga video sekuel di akhir hayatnya nanti ketika cuba mengucap dua kalimah syahadah, lepas atau tak lepas. Teringin nak tengok! Sure, viral juga nanti. Itu pun kalau sempat rakamlah.
Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat brader tu dan rakan-rakan beliau kalaulah mereka Islam, dan bersangka baik mungkin juga itu teh o dan kopi o tarik dan beliau cuba ‘prank’ rakyat Malaysia supaya kelihatan ganas sekaligus dilihat moden dan bersetai ala-ala gangster petai.
Itu pun, kalau dia Islam lah, rasanya bukan kot!