Isu Semasa

Bagaimana Jepun Boleh Bangkit Sebagai Sebuah Negara Dan Bangsa Yang Dihormati?

Jepun pernah kalah dalam Perang Dunia ke 2, Nagasaki pernah hancur dek bom atom USA, tapi mereka bangkit sebagai bangsa yang dapat kuasa dunia dan dihormati.

Apakah antara faktor yang menjadikan Jepun terkehadapan dalam ekonomi, teknologi, dan rendah kes rasuah

JAWAPANYA IALAH KERANA JATI DIRI JEPUN YANG KEKAL DIWARISI. APA JATI DIRI JEPUN? APA LAMBANG IDENTITI JEPUN?

  1. Bahasa Jepun sebagai bahasa utama di dalam keraajaan dan swasta, dan disampaikan dalam ucapan di PBB; Jepun tidak sibok mahu jadikan Bahasa Inggeris sebagai utama atau bahasa keduanya
  2. Tulisan Jepun kekal sebagai bahasa utama dalam papan tanda, iklan dan media
  3. Pedang Samurai kekal sebagai warisan dan dihormati
  4. Ninja dan Karate kekal sebagai seni bela diri dan dihormati sehingga menjadi rebutan filem, permainan video, dan sukan gladiator
  5. Majlis minum tea dianggap majlis prestij
  6. Busana Kimono tradisi diberi penghormatan tinggi
  7. Busana Samurai diberi penghormatan tinggi
  8. Tujuh prinsip Bushido dikekalkan dan diwarisi dalam kehidupan
  9. Agama Shinto masih kekal dianuti sebagai agama tradisi
  10. Tulisan kaligrafi Jepun diberi penghormatan tinggi

Cuba banding dengan jati diri Malaysia.

APA JATI DIRI MALAYSIA? APA LAMBANG IDENTITI MALAYSIA?

  1. Bahasa kebangsaan negara ialah Bahasa Melayu tapi bukan bahasa utama, kerana sekolah vernakular tolak BM, iklan tidak dalam bahasa Melayu, kenyataan rasmi kerajaan ada dalam bahasa lain dari BM (semasa pemerintahan PH), PM berucap dalam Bahasa Inggeris di PBB; Bahasa Inggeris dijadikan bahasa utama dalam sektor swasta; pencarian pekerjaan, digunakan dalam mesyuarat kerajaan dan urusan dalam kerajaan di negara sendiri.
  2. Tulisan JWI dalam BM tidak digunakan, malah dihapuskan dan dimusuhi oleh golongan vernakular; tidak digunakan dalam iklan. sedangkan tulisan jawi adalah medium dalam semua hubungan daalam empayar Melaka dan surat-menyurat dengan kerajaan Inggeris dan Portugis satu masa dulu. Jawi menjadikan empayar Melaka terkenal di seluruh dunia
  3. Keris dimusuhi, dianggap khurafat, dan dibenci
  4. Seni silat Melayu didimusuhi, dianggap khurafat, dan dibenci, termasuk oleh agamawan yang jahil tentang warisan
  5. Tiada majlis prestij budaya utama di negara ini, cuma rumah terbuka hari besar perayaan etnik
  6. Busana Melayu tradisi tidak diberi penghormatan dalam mengiringi Sultan dan Raja, tidak dipakai dalam Parlimen, tidak dipakai pada hari-hari besar perayaan negara, termasuk pada hari raya
  7. Busana seni silat tidak mendapat penghormatan, malah dipandang sepi; tidak mendapat tempat dalm filem dan industri kreatif
  8. Kita ada Rukun Negara, 5 prinsip utama, tetapi tidak dihayati oleh banyak pihak dari pemimpin hingga kepada rakyat
  9. Agama Islam adalah agama persekutuan, mempunyai kedudukan tertinggi dalam Perlembagaan tapi diperlekehkan dalam urusan pentadbiran, malah dicabar untuk digugurkan dari Perlembagaan dalam beberapa kes, termasuk kes murtad, tukar agama, sekolah agama.
  10. Tulisan khat Jawi kita hidup segan mati tak mahu di negara kita

KEMBALIKAN JATI DIRI BANGSA PENDUDUK INDUK NEGARA INI

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker