Agama

Selalu Dengar Fasal Wahabi, Tapi Siapa Mereka Sebenarnya?

Sejak akhir-akhir ini, perkataan Wahabi selalu sahaja muncul di mana-mana saluran sosial media namun tidak ramai yang tahu siapakah dan apakah sebenarnya ajaran-ajaran dan amalan-amalan yang dibawa oleh pengikut mereka sebenarnya.

Wahabi merupakan suatu ajaran atau aliran yang diberi nama sempena nama pengasasnya iaitu Muhammad Bin Abdul Wahab yang berasal daripada Nadj, sebuah kota di Mekah pada kurun ke-18 Masihi.

Di dalam budaya orang Arab, ianya adalah lumrah untuk menisbahkan fahaman, amalan, dan pencapaian si anak kepada ayah, datuk, nenek dan moyangnya.

Maka, pengikut-pengikut Muhammad bin Abdul Wahab menggelarkan beliau sebagai Wahabi dan pengikut-pengikut beliau juga digelar sebagai Wahabi.

Gerakan Wahabi bersembunyi di sebalik nama Salafi. Salaf merupakan zaman pada 300 tahun pertama selepas kewafatan Rasulullah SAW. Zaman ketika Islam dijaga oleh para sahabat dan para tabiin.

Sememangnya pada zaman ini belum lagi wujud 4 mazhab besar yang ada pada masa kini.

Oleh sebab itu, pengikut Wahabi telah menolak untuk mengikut mana-mana 4 mazhab ini kerana mengikut kepada justifikasi mereka, semasa pada zaman Nabi tidak ada mana-mana mazhab yang diikuti oleh baginda.

Maka, golongan Wahabi ini mengaku sebagai pendokong agama Islam semasa zaman Salaf ini namun hakikatnya terdapat banyak ajaran-ajaran mereka yang bertentangan dengan ajaran zaman Salaf.

Struktur asas dakyah Wahabi adalah didorong daripada ajaran Ibn Taimiyah, Ibn Qayyim Al Jauzi, Muhammad Abd Wahab, Ben Baz, Utsaimin dan Albani.

Ibn Taimiyah merupakan seorang teologi sunni yang berpendapat bahawa agama Islam perlulah kembali kepada keadaan dan bentuknya yang sebenar, iaitu berpegang kepada Al-Quran dan sunnah nabi.

Apa yang tidak dilakukan oleh Nabi s.a.w tidak dianggap sebagai sunnah maka orang Islam tidak boleh membuat apa-apa perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi mengikut mereka.

Inilah ideologi yang menjadi struktur asas kepada ajaran Wahabi ini.

Maka sebab demikian, kelompok Wahabi ini mudah-mudah mengkafirkan mana-mana umat Islam yang melakukan amalan yang tidak pernah di buat oleh Nabi. Sebagai contoh, amalan membaca Yasin di malam Jumaat dan kenduri tahlil.

Adapun, mereka tidak memahami sebab mengapa perkara-perkara yang sedemikian dilakukan, bahkan ulama-ulama juga tidak melarang untuk dilakukan amalan-amalan itu, bahkan ada sesetengah amalan yang tidak dilakukan semasa zaman Nabi Muhammad s.a.w yang dilakukan pada zaman selepasnya, dianggap sebagai sunnah untuk dilakukan, seperti mambuat binaan-binaan di atas makam orang-orang alim.

Mereka juga membesar-besarkan perkara khilafiyah dan menghukum bidaah kepada amalan orang Islam yang pada pendapat mereka tidak ada nasnya. Ia adalah kerana mereka tersilap faham definisi bidaah yang sebenar.

Namun demikian, apa yang lebih membimbangkan, ajaran Wahabi ini telah meletakkan jisim kepada zat Allah. Ianya bermaksud bahawa Allah itu mempunyai anggota badan seperti manusia, iaitu tangan, kaki dan sebagainya.

Selain daripada itu, mereka juga mempercayai bahawa Allah itu mempunyai tempat bersemayamnya iaitu di atas langit. Ini adalah amat bertentangan dengan akidah manhaj ahli sunnah wal jamaah yang mengatakan bahawa Allah itu tidak ada tempat bersemayam kerana Allah itu tidak bertempat.

Ramai orang awam disana ternyata terkeliru dengan ajaran-ajaran yang disampaikan oleh mereka di media sosial khasnya kerana fahaman mereka itu nampak seperti benar kerana dakwaan mereka selalunya datang dengan dalil-dalil daripada al-Quran.

Namun demikian, ajaran Wahabi sebenarnya hanya menterjemahkan ayat-ayat Al-Quran itu secara literal sahaja sedangkan ayat-ayat Al-Quran itu perlulah diterjemahkan secara tersurat dan tersirat.

Kerana itulah amalan berijma’ itu sangat penting sebagaimana yang dilakukan ulama-ulama hadis dan Quran yang saling bermesyuarat dan bertukar pandangan dan akhirnya bersepakat dalam menterjemah ayat-ayat Quran dan hadis dan bukan hanya semberono menterjemah ayat itu sesuka hati mengikut nafsu sendiri semata-mata.

Inilah yang terjadi kepada ajaran yang dibawa oleh Wahabi kerana mereka menterjemah ayat Quran dan hadis itu secara literal dan mengikut hawa nafsu dan akhirnya menyeleweng daripada akidah sebenar.

Disebabkan metodologi mereka ini juga terhasilnya fahaman tauhid 3, di mana salah satu daripada tauhid 3 ini menghalalkan darah orang Islam yang lain yang tidak bersependapat dengan mereka dan juga mereka berpendapat bahawa orang musyrik atau bukan Islam juga mempunyai keimanan dalam diri mereka walaupun  mereka tidak mempercayai akan kewujudan Allah.

Ternyata akidah mereka ini telah menyeleweng daripada akidah ahli sunnah wal jamaah.

Namun demikian, sebagai pengikut ahli sunnah wal jamaah, walaupun ajaran Wahabi ini tidak berada dalam landasan yang sebenar, namun, mereka tidak dianggap sebagai sesat atau kafir.

Ianya bukanlah kerja sebagai manusia untuk sewenangnya mengkafiri manusia yang lain, serahkan sahaja tugas itu kepada pencipta kerana Dia yang selayaknya.

Itulah keindahaan ahli sunnah wal jamaah yang berlembut dan masih memberi ruang kepada mana-mana salah laku dan tidak semudahnya mengkafirkan orang lain.

Namun sekiranya ianya ternyata dan secara terang-terangan melanggar akidah ahli sunnah wal jamaah, perkara tersebut akan diambil tindakan sewajarnya daripada pihak berwajib seperti yang terjadi kepada ajaran-ajaran yang ternyata sesat, sebagai contohnya kerajaan Ayah Pin dan sebagainya yang telah difatwakan sebagai sesat.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru