AgamaIsu Semasa

Asy-Syamaatah: Berbahagia Atas Derita Orang Lain

Rasulullah SAW mengecam orang yang menampakkan sikap asy-syamaatah.

Mantan Perdana Menteri Ke-6, Dato’ Sri Najib Razak telah pun disabitkan bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun serta denda sebanyak RM210 juta pada 23 Ogos 2022 yang lalu.

Hukuman terhadap beliau itu adalah bersabit dengan kes penyelewengan dana RM24 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Panel 5 hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Yang Amat Arif Tengku Maimun Tuan Mat menjatuhkan hukuman tersebut selepas selesai mendengar hujahan dan permohonan yang dikemukakan sepanjang rayuan akhir bermula sejak minggu lalu.

Tinjauan yang dilakukan dalam media sosial sepanjang 2 hari ini mendapati tandapagar #Najib masih lagi sohor dalam Twitter dan platform media sosial lain.

Pengguna media sosial ada yang dilihat bersimpati dengan apa yang menimpa kepada mantan Perdana Menteri itu manakala ada pula yang bersukaria atas hukuman tersebut.

Aktivis politik media sosial, Fahmi Reza telah memuat naik beberapa poster hasil tangan beliau yang memaparkan imej Dato’ Sri Najib dalam penjara kununnya atas nama satira.

Juga terdapat poster yang memaparkan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi bersembunyi dalam lubang dalam ketakutan.

Poster lain pula memaparkan senarai nama ahli-ahli politik yang turut terpalit dengan kes rasuah seperti Syed Saddiq dan Lim Guan Eng.

Terdapat ratusan ciapan dan mesej dalam Twitter dan Facebook yang meraikan hukuman ke atas Dato’ Sri Najib disertai dengan kutukan dan kata-kata nista.

Mungkinkah mereka tidak pernah mendengar hadith Nabi SAW berkenaan ‘asy-syamaatah’ iaitu satu kata yang digunakan Baginda SAW untuk mengistilahkan sikap berbahagia atas penderitaan orang lain.

Dalam hadith riwayat at-Tirmidzi, Rasulullah SAW mengecam orang yang menampakkan sikap asy-syamaatah:

ظهرِ الشَّماتَةَ لأخيك فيرحمُه اللهُ ويبتليكَ

“Janganlah kau tunjukkan kebahagiaan atas penderitaan yang menimpa saudaramu. (Jika kau lakukan itu) Allah akan mengasihinya dan akan memberikan musibah kepadamu.”

Oleh yang demikian, berwaspadalah sekelian kamu semua agar tidak terjerumus dalam perlakuan yang dilarang oleh Allah SWT dan Rasulnya SAW.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker