Sejarah

ASWJ : Kenali Imam Abu al-Hassan al-Asy’ari Dan Imam Abu al-Mansur al-Maturidi

Jika menyebut nama kedua-dua nama penuh dua tokoh ulama Islam ini pasti sesetengah yang kurang mengetahuinya tertanya-tanya, adakah mereka ini yang membawa aliran akidah Asy’ariyah dan Maturdiyah?

Jawapannya ya, kedua-dua tokoh ini adalah ulama tersohor yang muncul dengan membawa aliran akidah Ahlussunnah Wal Jamaah. Mereka menentang aliran-aliran menyimpang antara paling ketara aliran Mu’tazilah dan lain-lain aliran.

Imam Abu al-Hassan al-Asy’ari hidup pada separuh abad kedua sehingga separuh abad ke empat masihi manakala Iman Abu al-Mansur al-Maturidi pula dikatakan lahir sekitar tahun 238 H/ 852 M dalam kitab Al-Bayadhi.

Kedua-duanya memiliki peribadi yang sangat tegas dalam membela akidah Islam pada zaman itu. Mereka merupakan tokoh ulama yang membela sunnah dengan hujah berbentuk naqli iaitu nash dan aqli iaitu akal.

Mereka ini jelas memegang teguh manhaj para ulama salaf serta memperjuangkan setiap apa yang dipegang oleh para sahabat Rasulullah SAW.

Umat Islam pada zaman kedua-dua tokoh ini banyak yang mengikuti jalan keduanya kerana mereka hadir dengan hujah-hujah dan dalil-dalil yang membela akidah Islam.

Dua ulama ini menulis ratusan jilid kitab dan buku-buku yang membantah akidah-akidah yang menyimpang pada zaman mereka dan tulisan hujah-hujah mereka ini telah dibawa ke seluruh timur dan barat.

Penyebaran hujah tokoh ulama ini menjadi semakin kuat dan kukuh apabila semakin ramai yang mengikut mereka berjuang sehingga hanya tinggal sebahagian kecil aliran yang menyimpang dari Mu’tazilah dan lain-lainnya.

Hendak diketahui bahawa, kedua-dua tokoh ini mempunyai keyakinan yang sama bahwa Allah SWT adalah dzat yang maha esa, tiada sekutu bagi Allah dan Allah SWT adalah dzat yang wujud, serta dan kewujudan Allah SWT tidak sama dengan makhluk.

Allah juga tidak menempati ruang dan tidak juga terikat dengan waktu. Tidak akan ada satu pun yang dapat menyerupai Allah SWT.

Demikian tulisan ini hanya sebahagian kecil dari pengenalan buat dua tokoh masyhur ini, selebihnya niatkan untuk berguru atas jalan usaha mengumpul ibadah dan ilmu, maka pasti Allah SWT akan mendorong pada jalan itu. InsyaAllah.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker