Sejarah

Asal Usul Terbentuknya Majlis Raja-Raja, Kronologinya Tak Semua Yang Tahu!

Asal Usul Terbentuknya Majlis Raja-Raja, Kronologinya Tak Semua Yang Tahu!

Perbentukan Majlis Raja-Raja bukanlah satu proses yang cukup mudah kerana ia perlu menggabungkan persetujuan daripada sultan-sultan dari semua negeri.

Bagi mencapai kata sepakat ini, telah berlaku satu peristiwa yang cukup mengagumkan, namun agak menyedihkan generasi hari ini tidak begitu didedahkan mengenainya.

Sehinggakan ada anak muda yang tampil dengan pandangan negatif dan bersifat anti monarki terhadap pemerintahan beraja dari dahulu hingga kini.

Ini dapat dilihat pada tahun 1993 di mana kuasa demokrasi Malaysia telah mengetatkan undang-undang bagi mengekang kuasa monarki di Malaysia.

Sehubungan dengan itu, Demi Malaiu ingin mengemukakan bagaimana terbentuknya majlis raja-raja.

Berikut adalah kronologi bermula dari tahun 1896 sehinggalah kini :

# 1 Julai 1896

  • British membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu dan menetapkan mesyuarat antara Raja-raja Melayu dengan pihak mereka bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh Negeri-Negeri Tanah Melayu. Mesyuarat ini dinamakan Durbar oleh pihak British.

# Hujung tahun 1896

  • Durbar pertama sepatutnya diadakan tetapi ianya terpaksa ditunda disebabkan Sultan Abdul Samad gering.

# 13 Julai 1897 (Durbar Pertama)

  • Durbar pertama berjalan di Kuala Kangsar selama 4 hari. Durbar dihadiri oleh Sultan Idris Murshidul’adzam Shah dari Perak, Sultan Ahmad dari Pahang, Sultan Abdul Samad dari Selangor dan Yamtuan Besar Muhammad dari Negeri Sembilan.

  • British pula diwakili oleh Sir Charles Mitchell (Gabenor Negeri-Negeri Selat dan Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Frank Swettenham (Residen Jeneral Negeri-Negeri Melayu Bersekutu), Hugh Clifford (Residen British di Pahang), J.P. Rodger (Residen British di Selangor) dan W.H. Treacher (Residen British di Perak). Negeri Sembilan tidak diwakili kerana Residennya Martin Lister meninggal dunia pada bulan Februari 1897.

# Julai 1903 (Durbar Kedua)

  • Mesyuarat Durbar kedua diadakan di Kuala Lumpur dan Sir Frank Swettenham merupakan Gabenor Negeri-Negeri Selat dan juga Pesuruhjaya Tinggi Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada masa itu.

# 1909

  • Pihak British menubuhkan Majlis Mesyuarat Persekutuan yang diketuai Pesuruhjaya Tinggi British hanya sebagai untuk menegaskan kedudukannya pada ketika itu.

  • Durbar tidak lagi diadakan sehingga tahun 1927 dan Raja-Raja Melayu Menarik diri dari menganggotai Majlis Mesyuarat Persekutuan tersebut.

# 2019 – Kini

  • Majlis Raja-Raja Melayu adalah dibawah pemerintahan Sultan Pahang, iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.
Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker