Kerajaan Arab Saudi kini sedang dalam perancangan membangunkan Murabba Baharu di Riyadh dan akan memperkenalkan sebuah bangunan kiub terbesar di dunia yang dikenali sebagai Mukaab.
Memetik laporan media luar negara, selain menjadi tarikan baharu di Murabba Baharu, Mukaab akan menjadi tumpuan warga dunia yang mencari petempatan futuristik seperti yang diilhamkan dalam banyak filem fiksyen.
Baca Juga >> Cicit Kesultanan Uthmaniyah Jejakkan Kaki Di Telok Panglima Garang
Menurut Arab News, keluasan Mukaab mampu mencapai sehingga 20 kali ganda isipadu Bangunan Empire State di New Yorks dan di dalamnya terdapat banyak perkara yang sungguh luar biasa.
Dalam erti kata lain, Mukaab direka dengan kemampuan untuk membangunkan sebuah muzium, universiti teknologi dan reka bentuk, teater serbaguna serta lebih daripada 80 tempat hiburan dan kebudayaan.
Lebih luar biasa, Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed bin Salman (MBS) merencanakan Murabba Baharu akan tersergam teguh di atas kawasan berkeluasan 25 juta kilometer persegi.
@demi_malaiu Mukaab, kaabah baharu di Arab Saudi yang dibangun atas perintah Mohammed bin Salman
Dari situ, ia mampu mewujudkan juga 104,000 unit kediaman, 9,000 bilik hotel, 980,000 meter persegi ruang runcit, 1.4 juta meter persegi ruang pejabat dan 620,000 meter persegi aset riadah.
Selain 1.8 juta meter persegi tersedia untuk kemudahan komuniti, struktur itu akan mempunyai sistem pengangkutan sendiri dan hanya mengambil masa 20 minit pemanduan dari lapangan terbang.
Sertai Whatsapp Berita Malaysia