Sejarah

ARAB MENCABAR BULAN MULIA, ANJUR ‘RIYADH SEASON’!

Apabila sebut sahaja negara Arab apa yang terbayang di minda kita adalah tanah suci Mekah dan Madinah. Negara di mana tempat umat Islam berlumba-lumba untuk menjejakkan kaki menunaikan ibadah umrah dan haji.

Namun, sangat mengejut dan mengecewakan apabila dua tiga hari lepas tular di setiap pelusuk media sosial dengan video serta gambar pesta besar-besaran di Arab Saudi.

Video dan gambar yang tular amat menyedih dan memalukan kerana ianya berlaku dalam bulan yang penuh dengan kemuliaan iaitu bulan kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Dikatakan ini adalah salah satu usaha kerajaan Arab Saudi untuk merancakkan semula ekonomi serta industry pelancongan. Di manakah tanggungjawab mereka untuk menjaga nama Islam?

Ini merupakan kali kedua negara Arab mengadakan ‘Riyadh Season’. Pada tahun 2019 mereka adakan dengan menjemput artis antarabangsa iaitu kumpulan BTS dari Korea dan tahun ini mereka menjemput bintang Hollywood Pitbull pula.

Paling mengusarkan festival ini akan berterusan sepanjang bulan Oktober 2021 sehingga Mac 2022 dengan menampilkan 7 konsert artis Arab, 6 konsert artis antarabangsa, 350 persembahan teater, perlawanan gusti WWE serta banyak lagi acara hiburan yang lain.

Adakah kita sebagai umat Islam harus menutup mata sahaja dengan semua ini? Pemimpin Islam diseluruh negara Islam perlu bersatu memerangi festival ini.

Tugas sebagai pemimpin sesebuah negara adalah sangat besar kerana amanah untuk memelihara agama dan mentadbir negara dengan syariat Islam telah terpikul dibahu mereka.

Ini sungguh menyedihkan, disaat umat Islam diseluruh negara sedang bergembira untuk menunaikan ibadah umrah setelah SOP dilonggar kerajaan Arab pula tampil dengan penganjuran festival yang memalukan ini.

Budaya hiburan secara berlebih-lebihan ini dahulunya adalah amalan masyarakat barat, namun amat menyedihkan saban hari budaya ini seakan sudah menjadi kebiasaan pula dalam kalangan orang Islam.

Ayuh, kita sama-sama menyatakan bantahan terhadap festival-festival seperti ini bukan sahaja terhadap ‘Riyadh Season’. Pemimpin setiap negara Islam perlu terlebih dahulu tampil menyatakan bantahan sebagai mewakili seluruh umat Islam disetiap negara Islam ini.

Moga kita semua terpelihara dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Semoga Malaysia terhindar dari budaya-budaya hiburan yang melampaui batas Islam seperti ini.

Lihat lagi

Artikel berkenaan

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker