Dalam artikel ini, pembaca akan diberi pencerahan bagaimana Yahudi, Parti Komunis China dan MCA ini berhubung kait antara satu sama lain dan bagaimana puak-puak ini berusaha untuk membunuh jati diri Melayu.
Dalam perancangan China secara global ini, sudah berlaku satu dominasi atau campur tangan pihak Yahudi dan kalau kita lihat keberadaan Yahudi di China ini telah bermula sejak 1000 tahun yang lepas.
Pada hari ini, kita lihat keluarga Yahudi yang diketuai oleh keluarga Rockefeller dan Rothschild, telah terlibat atau menjadi anggota dalam parti komunis China dan mereka diberikan posisi yang penting terutama dalam dasar luar dan strategi ekonomi China.
Oleh itu, kita dapat lihat pada hari ini China telah menjalinkan hubungan yang begitu rapat dengan Israel sehingga mereka mengatakan bahawa hubungan antara China dengan Israel seolah-olah perkahwinan sejak dari syurga lagi.
Mereka juga telah membentuk komuniti-komuniti terutamanya dalam pembangunan teknologi bersama dengan Israel.
Jadi, pengaruh Yahudi ini menjadikan perkara ini lebih serius dan memberikan dimensi yang lebih kritikal kepada dunia.
Perkara inilah yang mendorong isu pen‘China’an menjadi lebih kritikal.
Antara contoh orang-orang Yahudi ini ialah Dr Hans Miller, Dr Jacob Rumsfeld, Solomon Adler, dan banyak lagi pemimpin Yahudi yang dihantar secara khusus untuk mengetuai kepimpinan parti komunis di Mainland China.
Sehingga hari ini, pegangan dan pengaruh Yahudi terhadap China semakin kuat.
Proses pen‘China’an ini telah sampai ke tahap yang serius. Ini salah siapa?
Yang pertama ialah British itu sendiri, kerana dengan strategik membawa masuk dan membiarkan China ini mendominasi seluruhnya.
Jika kita baca buku orang yang paling kaya di Malaysia ini, telah mengakui bahawa dia mencapai kekayaan tersebut kerana dibantu oleh Yahudi.
Yang kedua ialah kelemahan pemerintah negara pada ketika itu.
Bukan sahaja British yang membawa masuk China, malah pemerintah kita sendiri dengan sengaja membawa masuk banyak lagi imigran China dan diberikan kewarganegaraan yang diistilahkan sebagai jus soli.
Mengapa mereka melakukan sedemikian?
Sesetengah sejarawan telah memberikan analisa bahawa ada elemen politik kerana pada ketika itu telah berlaku satu pertembungan Dato Onn Jaafar dengan Tunku Abdul Rahman dalam hendak menjadi Presiden UMNO pada masa itu.
Jadi, Tunku Abdul Rahman secara sengaja membawa masuk imigran China supaya menang undi.
Perkara ini sama ada betul atau tidak, itu boleh dibahaskan.
Tetapi, perkara ini ada disebutkan oleh sejarawan dan kesilapan itu berlaku sehingga kini.
Jika kita lihat, parti MCA sebenarnya diwujudkan oleh anggota-anggota Kuomintang daripada China termasuk Tan Cheng Lock dan sebagainya.
Jadi, mereka ini bukan orang biasa-biasa.
Kita perlu ingat bahawa pada ketika itu ekonomi telah dipegang oleh mereka malah MCA meletakkan 500 ribu ringgit untuk membantu orang-orang Melayu, istilahnya iaitu jumlah yang sangat besar pada masa itu.
Hal ini bermakna mereka sudah mempunyai pegangan yang sangat kuat dalam ekonomi, belum termasuk pendidikan dan sebagainya.
Jadi, Melayu yang telah terpinggir selama ratusan tahun oleh penjajah, sudah tentu kalah dalam konteks ekonomi.
Jika kita rujuk kepada buku Muhammad bin Khalid, terdapat lebih 700 buah sekolah Cina berbanding dengan sekolah Melayu yang hanya 200 lebih sahaja. Sebab itu tidak ramai Melayu yang pandai membaca pada masa itu.
Mereka telah terpinggir dengan begitu lama sekali walhal jika hendak dikatakan orang Melayu lemah, malas, tidak ada kreativiti, yang didoktrinkan oleh salah seorang pemimpin yang paling tinggi di Malaysia ini, bagi saya itu sangat tidak wajar dan tidak betul.
Kerana saya ingat pada ketika itu Malaysia mendominasi sebanyak 80% getah asli dunia.
Jika kita lihat orang-orang Melayu dahulu, pagi sebelum Subuh mereka telah pergi ke kebun getah.
Setelah solat Zohor, mereka pergi pula ke sawah.
Pada waktu malam baru mereka berehat.
Jadi, bagaimana sesuatu kaum yang ditekan selama 455 tahun, bukan satu tempoh masa yang singkat, nak dibangunkan semula bukan mudah.
Memang ada sesetengah pihak yang menyalahkan sikap Melayu, namun Cina juga mempunyai pelbagai masalah seperti kaki judi, kaki minum arak dan sebagainya.
Masing-masing ada kekuatan dan kelemahan sendiri.
Apabila kita mewarisi sesuatu politik, di sinilah berlakunya rasuah politik dan akhirnya pemimpin kita leka dengan perkara itu.
Mungkin sesetengah pemimpin parti pada awalnya ikhlas dalam membantu orang Melayu, namun Ibnu Khaldun ada menyebut, keikhlasan tersebut hanya bertahan dalam masa 60 tahun sahaja dan perkara ini ternyata benar.
>> Chinese Freemason Dan Zionisme
Anak dipangku dilepaskan, beruk dirimba disusukan
Jika kita ingat, MCA pernah keluarkan dalam The Star, menghantar pemimpin-pemimpin mereka dalam satu akademi parti komunis China di Pudong, China walaupun mereka menafikannya.
Apa tujuan MCA menghantar pemimpin-pemimpin mereka ke sana kalau bukan untuk tujuan ini.
Namun, sudah tentu benar disebabkan kelemahan pemimpin yang disogok dengan kemewahan dan lupa tujuan asal mereka.
Sehingga hari ini, saya tidak nampak mana-mana pemimpin Melayu yang bangun untuk memperjuangkan Melayu.
Tidak dinafikan juga bahawa doktrin Melayu lemah dan akhirnya telah wujud bangsa Malaysia.
Perkara ini sangat bahaya kerana hilangnya satu bangsa yang telah wujud ribuan tahun dalam negara ini.
Kita kena ingat, jika wujud bangsa Malaysia ini, siapa yang akan menonjol?
Bangsa Melayu tiada, sekolah Melayu tiada dan tulisan jawi telah tidak digunapakai, tetapi yang bangun adalah sekolah vernakular Cina, India dan sebagainya.
Bukan itu sahaja, mereka dibelai dan diperuntukkan bukan sahaja oleh kerajaan Malaysia, malah duta China memberi sumbangan kepada sekolah-sekolah vernakular ini.
Dan suatu ketika dahulu, Menteri Pelancongan kita membuat satu deklarasi bahawa sekolah-sekolah atau kampung baharu Cina ini dijadikan tempat pelancongan.
Disebabkan ramai pelancong-pelancong Cina ini, mereka dibawa ke tempat ini dan diberikan bantuan serta dinaikkan.
Jadi, dalam konsep bangsa Malaysia, bangsa Melayu yang akan jatuh manakala bangsa Cina akan kekal.
Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tetap mengekalkan segala-galanya sama ada budaya, pelajaran dan sebagainya.
Pelajaran adalah sangat penting.
Saya ada menyebut tadi kata-kata Lee Teng-Hui, “Chinese education in Malaya worth only a branch education of China”.
Ini merupakan kenyataan yang dibuat oleh orang Cina sendiri. Apa maknanya?
Jadi, bangsa Malaysia tersebut akan menghapuskan identiti orang Melayu.
Apabila tergadainya identiti orang Melayu, sudah pasti Islam akan turut tergadai.
Hal ini kerana Melayu dan Islam itu adalah sama, atau disekalikan dalam definisi Melayu.
Maka, agama juga akan dileraikan secara beransur-ansur tanpa kita sedari.
Oleh itu, mengekalkan identiti bangsa ini amat penting.
Malaysia hanya Malaysia
Dalam berita beberapa bulan yang lepas, Indonesia telah berjaya membawa 10 ribu artifak daripada Belanda.
Belanda berikan secara percuma kepada Indonesia.
Ada tak kerajaan kita membuat inisiatif tersebut iaitu membawa artifak kita di Portugal, London, Jerman dan sebagainya.
Terdapat banyak artifak Melayu di luar negara yang cukup bernilai dari segi sejarah tetapi Malaysia tidak mengambilnya.
Kerana itulah orang luar tidak gemar ke Malaysia kerana tiada apa-apa nilai sejarah yang berharga.
Yang mereka nampak hanyalah rangka dan sebagainya.
Apabila kita pergi ke muzium China pula, di Singapura, apa yang berlaku?
Masuk sahaja pintu masuk muzium tersebut, kelihatan gambar orang Melayu menjadi hamba kepada China.
Ini doktrin.
Di United Kingdom pula, ada puluhan muzium yang menggambarkan sejarah mereka yang mereka banggakan.
Saya tidak menyalahkan orang yang tidak lagi berbangga dengan Melayu dan Islam, hal ini kerana pemimpin sendiri tidak ada visi tentang perkara ini.
Maka, perkara ini akan hancur dan Islam akan turut terlerai sedikit demi sedikit.
Bukan kita racist, tetapi ia merupakan satu realiti. Mana-mana negara pun ada identitinya sendiri.
Tetapi kenapa Melayu sudah hilang identitinya?
Sedangkan tanah ini Tanah Melayu.
Apabila merdeka, kita tukar nama Tanah Melayu kepada Malaysia.
Perkara ini merupakan satu sejarah dan perubahan yang sangat besar daripada negara Melayu menjadi negara komuniti.
Tidak ada lagi nama Melayu, malah nama Malaysia yang merangkumi pelbagai bangsa.
Hal ini bukan soal identiti Melayu sahaja, malah turut melibatkan agama Islam itu sendiri yang menjadi core kepada kewujudan negara ini
Untuk laporan penuh, boleh klik link di sini.
Boleh juga tonton video PRDM Pen’Chinaan’ Malaysia di pautan ini.