Setiap kali kita solat dan membaca bacaan-bacaannya, selain menyebut nama Nabi Muhammad SAW, pasti kita tidak terlepas sekali pun menyebut nama Nabi Ibrahim AS.
Namun apa kaitannya dengan Islam yang dibawa Nabi Muhammad SAW dan amalan yang dipraktikkan orang Melayu ketika menunaikan solat fardhu dan lain-lain ibadah?
Jawapannya cuma satu iaitu Nabi Ibrahim AS membawakan agama Hanifa yang bermaksud menyembah Tuhan yang satu ke jalan yang lurus menggantikan agama majusi.
Maka ada dakwaan lain bahawa Melayu wujud daripada perkahwinan di antara Nabi Ibrahim AS dengan isteri ketiganya, Qaturah dan berkembang di alam Melayu.
Maka sebab itulah Melayu terdahulu sudah menyembah Tuhan yang satu, dipercayai menerusi agama Hanifa namun disebabkan perubahan zaman, ada yang terpesong dan sebagainya.
Menariknya lagi Nabi Ibrahim AS dikatakan ketua agama kepada seluruh umat manusia dan ketika itu, istilah perbezaan bangsa belum lagi timbul seperti hari ini.
Sehubungan itu, tidak hairanlah nama Nabi Ibrahim AS wujud dalam pelbagai pecahan agama seperti Abraham dan kalau dalam ajaran Hindu, wujudnya perkataan dan maksudnya yang hampir serupa.
Dalam masa yang sama, kalau dikaji Hindu yang ada di Bali, Indonesia misalnya, mereka menyembah Tuhan yang satu dan ia sanagt berbeza dengan Hindu digembar-gemburkan bermula dari India.
Bahkan nama seakan-akan Ibrahim juga ada tercatat dalam kitab-kitab Sanskrit yang menjadi rujukan penganut agama Buddha dan ia masih menjadi satu kepercayaan sehingga ke hari ini.
Berbalik semula kepada agama orang Melayu sebelum datangnya Islam, tidak mustahil untuk datuk nenek moyang kita menganut agama Hanifa pada zaman itu dan beralih kepada agama lain pada zaman itu.
Namun yang pasti, Islam telah dikhabarkan adalah agama akhir zaman yang seharusnya dianuti seluruh umat manusia yang percaya Allah yang satu dan Nabi Muhammad SAW adalah pesuruhnya yang dicintai.
Namun untuk bertanya lebih lanjut mengenai perkara ini, ayuh luangkan masa dalam Perbincangan Rakyat Demi Malaiu dengan tajuk Agama Orang Melayu Sebelum Islam seperti butiran di bawah: