Isu Semasa

Apa Itu CPTPP? Ketahui Perkara Penting Atau Sejarah Perjanjian Pangkor 1875 Berulang!

Majoriti rakyat Malaysia tidak mengetahui apakah itu Perjanjian Komprehensif dan Progresif bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) biar pun ia sudah cuba diratifikasi sejak 2018.

Bermula 8 Mac 2018, satu per satu negara meratifikasi CPTPP ini termasuklah Australia, Kanada, Jepun, Mexico, New Zealand, Singapura, Vietnam dan Peru.

Pada 30 September 2022, dunia turut menjadi saksi bahawa Malaysia secara rasmi telah menyerahkan Instrumen Pengesahan (IOR) kepada New Zealand yang berperanan sebagai depositari CPTPP.

Maka dengan itu, bermulalah era ekonomi negara dijajah semula menerusi CPTPP tanpa disedari Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada ketika itu.

Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri pada ketika itu hanya cuma menjangkakan Malaysia akan menikmati banyak manfaat menerusi CPTPP.

Namun tanpa sedar, biar pun mereka mengatakan ratifikasi itu dibuat selepas bertahun-tahun Kerajaan membuat perbincangan dan penelitian, kalau dah nasib nak kena tipu, kena tipu juga jawabnya.

CPTPP Cuma ‘Pemanis’, Ada Agenda Dahsyat Di Dalamnya

Bagi segelintir pemain ekonomi, mereka melihat CPTPP adalah sesuatu yang cukup bermakna dan baik untuk mengembangkan ekonomi diri, kroni, syarikat serta orang-orang yang berkaitan.

Namun bagi rakyat biasa seperti nelayan, petani, pesawah dan peladang misalnya, peratusan yang celik mata atau memahami permainan CPTPP tersangatlah kecil.

Hal ini demikian kerana CPTPP merupakan high level aggrement dan terlalu banyak perkara teknikal yang sukar difahami oleh kebanyakan orang-orang biasa.

Disebabkan wujud kelompongan itu, mereka yang memandang kepentingan diri dapat menghidu dan terus-menerus membodek Kerajaan pada ketika itu untuk kekal bersama CPTPP.

Menggunakan kuasa dan kedudukan, mereka bercakap kepada media arus perdana bahawa dengan pelaksanaan dan ratifikasi CPTPP, kedudukan Malaysia sebagai ekonomi perdagangan global terus meningkat.

Namun hakikatnya, ekonomi perdagangan nelayan, petani, pesawah dan peladang tetap kekal pada takuk lama, dimonopoli dan dimanipulasi kartel tertentu menerusi pintu yang tidak diiktiraf.

Paling jelas, bukan mana-mana wakil nelayan, petani, pesawah dan peladang yang tampil menandatangani CPTPP itu sebaliknya mereka yang memiliki kuasa serta akses.

Jangan Dengar Suara NGO, Kerajaan Teruskan CPTPP

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
Dapatkan Kandungan Demi Malaiu Sekarang!
Terima Notifikasi Setiap Kali Kami Siarakan Kandungan Baru