Mengapakah Wahabi tidak mengaku sebagai Wahabi? Sembunyi tangan lepas baling batu?
Ini adalah kerana mereka menganggap penyamaran dan pemalsuan identiti mereka dapat menyebarluaskan ajaran mereka dalam negara ini.
Oleh itu, penguatkuasaan juga mempunyai satu kelemahan apabila mereka hanya mendefinisikan ajaran syiah atau Wahabi pada penamaan sahaja
Ini adalah antara implikasi daripada penyebaran fahaman yang lain daripada ahli Sunnah Wal Jamaah.
Penyebaran itu bukan bersifat dianggarkan atau dianggap, malah penyebaran itu sudah berlaku dalam masyarakat kita.
Antaranya salafiyyah memahami al-Quran, dan as-Sunnah secara zahir.
Di sini juga dicatat bahawa ia merupakan punca mereka membid’ah selain daripada Salafiyyah Wahabiyyah.
Yang kedua, aliran Salafi Wahabi tidak selari dengan ahli Sunnah Wal Jamaah. Ini termaktub dalam fatwa Muzakarah, 2014.
Dapatan yang ketiga ialah tauhid 3, yang amat membimbangkan dan tidak mewakili pengajian akidah tauhid di negara ini.
Yang keempat, ia bertentang secara diametrical dengan ahli Sunnah Wal Jamaah.
Yang kelima, Wahabi mengkafirkan saudara Islam yang tidak sealiran dengannya dan menghalakan darah mereka.
Yang keenam, Muzakarah tersebut menyebut Wahabi memberi ancaman serius kepada survival ahli Sunnah Wal Jamaah. Mereka boleh mendatangkan perpecahan dan perbalahan kepada masyarakat. Ini yang telah termaktub dalam Muzakarah.
Dalam satu fatwa pada tahun 2014, fatwa JAKIM iaitu isu umat Islam yang terlibat dalam perjuangan Islamic State sehingga istilah atau identiti yang dikeluarkan daripada fatwa ini adalah Salafi Jihadi telah diguna pakai oleh fatwa-fatwa negeri sehingga pengharaman menyertai militan secara dinotasi, secara tarfiyyah telah disebutkan.
Diharamkan menyertai militan : Ansar al-Islam, Jamaah al-Tauhid Wa al-Jihad, dan al-Qa’idah, mengikut kepada fatwa Pulau Pinang pada tahun 2016.
Maka dengan ini, ajaran tauhid 3 mesti dihentikan serta merta.
Namun, apa yang paling merisaukan, ajaran ini boleh memecahbelahkan orang Islam di Malaysia malah di luar negara juga kerana ajaran mereka mengelirukan orang ramai.
Maka, ilmu dan informasi yang diterima mestilah dipandu dengan guru supaya ilmu itu tidak menyeleweng daripada ajaran ahli sunnah wal jamaah.
Mahukah kita mahu negara ini berakhir seperti Syria, Sudan dan Iraq dengan kerosakan-kerosakan yang telah dilakukan oleh mereka?
Bukan itu sahaja, mereka juga melakukan banyak pemusnahan bangunan dan tempat-tempat yang menjadi tamadun rohani orang Islam.
Jahatnya Wahabi kerana apa-apa sahaja berkaitan dengan Nabi kita, dimusnahkan, disesatkan, dipadam sejarahnya, dan pelbagai lagi yang dilakukan.
Lihat sahaja makam-makam ahlul bait di Mekah telah dimusnahkan mereka, menyelewengkan pemahaman orang-orang Islam, dan memburukkan imej orang Islam dengan melakukan serangan ke atas negara lain, sehingga dilabel sebagai pengganas, serta menakutkan orang-orang bukan Islam dengan perilaku mereka yang tidak semberono.
MISI CAPAI 100,000 LIKE SEBELUM 31 DISEMBER 2022
Anda memiliki tulisan mengenai Melayu yang ingin dikongsikan? Hantar di sini.
Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok Demi Malaiu. Sertai Telegram kami DI SINI untuk kandungan yang menarik dan membangkitkan jati diri bangsa!