Isu Semasa

Anwar Ibrahim fitnah Perlembagaan Persekutuan, tolak ‘Islam adalah agama bagi Persekutuan’?

Perdana Menteri Malaysia ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menunjukkan kegagalan beliau dalam menjulang Perlembagaan Persekutuan apabila di hadapan para media termasuk menulis dalam media sosialnya bahawa Islam merupakan agama rasmi negara.

Kegagalan ini bukan sahaja dilakukan Anwar malah ramai lagi pemimpin NGO lain termasuk pemimpin politik yang mahu diangkat sebagai tokoh namun sombong untuk membelek Perlembagaan Persekutuan sebelum membuka mulut.

Hal ini demikian kerana Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan Islam ialah agama bagi Persekutuan ; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Maka jika difahami Perkara 3 (1) tersebut akidah negara ini adalah Islam sama ada dari segi zahir dan batin yang turut merangkumi feqah, tauhid dan tassawuf dan ia dipraktikkan sepanjang masa tanpa ada pengecualian.

Tetapi apabila seseorang pemimpin seperti Anwar menyebut Islam adalah agama rasmi negara, ia boleh memberi impak bahawa agama tak rasmi Malaysia mungkin Kristian, Hindu, Budha dan sebagainya, kerana perkataan ‘rasmi’ pasti ada lawannya iaitu ‘tidak rasmi’.

Islam sebagai agama rasmi Malaysia hanya perlu dikuat kuasakan dalam urusan rasmi sahaja dan apabila melibatkan kehidupan harian yang tidak rasmi, ia jelas boleh mengangkat maksud agama tak rasmi negara adalah seperti yang dinyatakan di atas.

Kesimpulannnya, satu perkataan yang terpacul daripada bibir kita menunjukkan apakah kita benar-benar tahu apa yang kita perjuangkan, atau sekadar dengar cakap-cakap orang lalu diulang kembali seperti burung kakak tua kerana ia kedengaran sedap dan enak ketika berbicara.

Juga diharap Anwar yang menerajui negara sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-10 menyemak semula perkara-perkara asas dalam Perlembagaan Persekutuan dan menerajui Malaysia dengan akidah ahli sunnah wal jamaah al-asyaari wal maturidiyah dan mengekang fahaman agama tidak rasmi, wahabi, syiah dan fahaman dari luar yang menuju ke arah pemerintahan New World Order.

Show More

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button